24 Jan 2010

Terbaru...Zul Senasib Dengan Dr Hassan Ali...





TERBARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan mesyuarat khas Biro Politiknya Selasa depan bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah. Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Agendadaily, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen PKR hari Sabtu membuat laporan polis terhadap Khalid kerana kenyataannya mengenai isu kalimah Allah disifatkan boleh mengelirukan umat Islam. Ini bukan kali pertama Zulkifli bertelagah dengan Khalid kerana sebelum ini mereka berdua pernah saling melemparkan kenyataan sehingga menyebabkan Zulkifli pernah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR. Ditanya lebih lanjut, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat Biro Politik terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan rasmi mengenainya dibuat. – 24/1/2010

Komen Isac;

Nasib engkau lah Zul.....Siapa suruh engkau masuk PKR....Dalam dunia ni mana ada keadilan, mana ada ketelusan, mana ada hak kesama-rataan terutamanya apabila engkau berada di dalam Parti Keadilan....Nama parti aje "adil", tetapi ahli, pemimpin dan partinya 2 X 5 aje dengan Parti "Likud". :)

4 comments:

  1. Salam ziarah,

    rasa2nye, kalo pkr siasat si zul ni pun, bukan akan jadik apa2 pong. kalo depa pecat zul, zul still wakit rakyat, wakil rakyat tak leh dipecat!

    pkr kena respon, konon2 depa bule control adun2 depa.. tapi cayalah, nothing will happen. ni cuma publisiti stun si nuar jek.

    depa tetap haprak!

    ReplyDelete
  2. salam.

    Tengoklah...tanguh ! atau sudah selesai keputusannya.

    Jika Benar Zul Nordin tidak perlu menunggu biro bersidang....

    Keluar saja dari Pakatan kapiaq harbi jika dia jujur dengan kebenaran illahi.

    Rasanya penyokong Zul Nordin Kulim Bandar Bahru lebih menghormatinya dari dia terus menanti keputusan parti..kesudahannya Zul masih berpelok dengan Parti kapiaq harbi!!

    Apakah Zul Nordi tidak yakin dengan Rezeki yang Allah janji ??

    Atau Zul Nordin takut temboloknya kecut dan hilang puplisiti diri....bila keluar dari Parti kapiaq Harbi?

    Sudahlah Zul Nordin jgn teruskan lakunan murahan itu lagi !!

    Rezeki mu di tangan Al-juburi...

    ReplyDelete
  3. ...Nama parti aje "adil", tetapi ahli, pemimpin dan partinya 2 X 5 aje dengan Parti "Likud". :)


    ha...ha...
    setuju..

    ReplyDelete
  4. Senang saja zul, jadi ahli bebas saja tak payah berparti macam Ibrahim Ali dan tubah cawangan pekasa di Kulim. Lepas tu semua kamu boleh balun
    mana-mana orang tak kira parti mana yang didapati cuba menjahanamkan ugama, bangsa dan negara. Mesti semua orang melayu respect kamu punya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.