24 Jan 2010

Jika Silap Percaturan, Satu Lagi Kerajaan Negeri Pakatan Bakal "Bankrup" ???



Selain kerajaan negeri Kelantan yang diarah oleh mahkamah untuk membayar RM 800 Juta kepada sebuah syarikat pembalakkan, nampaknya kerajaan negeri Pulau Pinang juga bakal mengalami nasib yang sama jika tidak kena gayanya dan sekiranya keluarga mangsa-mangsa tragedi perahu naga baru-baru ini mengemukakan saman ratusan jutaan ringgit terhadap kerajaan negeri itu.



Disebabkan lokasi baru kawasan perlumbaan yang merbahaya inilah yang sebenarnya menyumbang kepada kemalangan ini, pastinya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat lari dari bertanggung-jawab ke atas tragedi tersebut.



Kalau dilihatkan pada pelan lokasi, kawasan tersebut terletak di Timur Laut Pulau Pinang, iaitu selepas kawasan bonjol/tanjung, sememangnyalah ombak dan arus di situ pasti agak luarbiasa dan merbahaya. Berdasarkan kepada pengalaman penulis selalunya akan ada "rip current" di kawasan sebegini. Sepatutnya bila mahu memindahkan venue perlumbaan ke tempat yang baru, aspek keselamatan dan teknikal perlu diteliti terlebih dahulu dan hendaklah diserahkan kepada orang-orang teknikal yang pakar dan bukannya ikut main sedap sahaja....



Sekiranya venue perlumbaan tidak ditukar semula ke kawasan tasik, LGE/DAP akan menyebabkan lebih ramai pelumba yang terdiri dari kaum Cina akan "terbunuh",. Menutup "kesalahan mereka/DAP" dengan terus membiarkan perlumbaan ini dijalankan di kawasan yang merbahaya, samalah juga dengan sengaja membiarkan pelumba-pelumba tersebut "terbunuh".



Penulis cadangkan jika peguam/keluarga mangsa mahu membuktikan bahawa venue sekarang sememangnya merbahaya bolehlah dapatkan simulasi data-data ombak dan arus di kawasan tersebut untuk menguatkan penghujahan. Data-data dan simulasi tersebut juga khidmat nasihat boleh dirujuk kepada Jurutera Perunding Hidraulic di Malaysia, seperti COEI UTM, Hydec Engineering, Perunding DNA, Danis Hydraulic (M), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dll.



Penulis berharap akan ada dikalangan para peguam yang baik hati tampil untuk membantu keluarga-keluarga mangsa yang kurang berkemampuan secara sukarela, bukan sekadar untuk membuat tuntutan ganti-rugi terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi yang lebih penting untuk mempastikan agar tempat perlumbaan perahu naga dapat dipindahkan semula ke kawasan yang lebih selamat. Ini perlu untuk mengelakkan tragedi yang sama daripada berulang.

4 comments:

  1. salam ziarah,
    hanya satu pendapat, bolehkah edit sedikit ayat dalam artikel bro diatas, nanti akan diambil kesempatan oleh mereka yang terdesak untuk saman menyaman kerana jika diteliti ayat diatas berbau hasutan sedikit , dan perkataan bunuh oleh DAP itu hendaklah di garap dengan baik, faham-faham la, guan eng loyar jugak... maaf sekadar pandangan.

    dari sahabt penamu,

    salam perjuangan!

    ReplyDelete
  2. Salam bro sangtawal sakranta,

    Terimakasih di atas nasihat yang diberi. Selamat berjuang..

    ReplyDelete
  3. salam
    Ok dah tu :)
    biar kerajaan PR lekas tumbang!!!
    wassalam

    ReplyDelete
  4. Mudaha2an bro.

    Demi keselamatan dan kemakmuran rakyaat dan negara. Amin.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.