10 Jan 2010

Lagi Perbuatan Khianat - Dua Gereja Di Taiping & Satu Di Miri Dilempar Bom Api!!!! DSAI Sebenarnya Mahu Menggagalkan Gagasan Satu Malaysia???


TERBARU!!!!

Gereja All Saints, Taiping, Perak dibaling dengan beberapa botol mengandungi cecair bahan pembakar seperti 'molotov cocktail' dipercayai cubaan terbaru merosakkan rumah ibadat itu. Bagaimanapun, belum ada suspek yang ditahan dalam kejadian itu dan polis sedang menyiasat serta mengambil bahan-bahan bukti yang ditemui di tempat kejadian. - fotoBERNAMA







Published: Ahad Januari 10, 2010 MYT 4:57:00
PMUpdated: Ahad Januari 10, 2010 MYT 5:07:20 PM


Gereja Di Miri Sasaran Serangan Terbaru: Hishammuddin




RAWANG: Tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar setakat ini, bagaimanapun keadaan adalah terkawal, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. Beliau berkata, selain gereja di Miri, kes terbaru turut membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak.



"Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan di internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi pendidikan di bawah program Juara Rakyat di tapak ekspo Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat sini, hari ini.




Ditanya sama ada rentetan kejadian itu ada kaitan dengan pihak ketiga, beliau berkata, memang ada pihak tertentu yang cuba melakukannya, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia berkisar kepada masyarakat setempat. Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menerima secara total laporan media asing dan internet mengenai insiden membakar gereja kerana berita yang dilaporkan tidak menggambarkan keadaan sebenar.




Hishammuddin berkata, terdapat segelintir media asing yang memberi gambaran kurang tepat, malah menggembar-gemburkan kejadian itu seolah-olah keadaan di negara ini tidak terkawal. Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan taklimat kepada para perwakilan kedutaan asing di negara ini bagi menerangkan kedudukan sebenar isu tersebut.



Dua gereja di Taiping dilempar bom api




DTAIPING: Gereja All Saints di Jalan Muzium dan Gereja Saint Louis di Jalan Kamunting Lama dekat sini dilempar bom api awal pagi tadi. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata perbuatan itu dipercayai dilakukan awal pagi tadi dan hanya disedari penjaga gereja kira-kira jam 7.30 pagi. Katanya, hanya kesan hitam terbakar ditemui pada dinding luar gereja dan tiada kerosakan berlaku pada bangunan.




"Polis sedang menyiasat dan percaya perbuatan itu dilakukan individu yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian," katanya ketika dihubungi. Sebelum ini, empat gereja di Lembah Klang dilaporkan dilempar bom api.






Komen Isac;






Pada pandangan penulis, melihatkan kepada lepas satu-satu gereja yang dibakar atau cuba dibakar, semakin jelas menunjukkan bahawa ianya mungkin dirancang oleh golongan tertentu di dalam usaha mereka untuk mengagalkan usaha kerajaan mewujukan "Gagasan Satu Malaysia".








Adalah mustahil orang-orang Islam/Melayu di Malaysia bertindak ganas kerana sejarah telah menjadi saksi perkara sebegini memang jarang berlaku kecuali mereka dipovokasi terlebih dahulu. Walau bagaimanapun dalam bebarapa kes yang didalangi oleh pihak pembangkang (peristiwa 13 Mei) dan gaya politik DSAI (Peristiwa Baling dan beberapa siri demonstrasi jalanan sejak dari peristiwa Baling sehinggalah sekarang) negara sememangnya telah banyak menyaksikan keganasan-keganasan yang bermotifkan politik.








Melihatkan kepada sambutan rakyaat terhadap gaya pimpinan dan idea pembaharuan yang dibawakan oleh Dato' Seri Najib, tidak keterlaluan jika penulis katakan, DSAI perlulah berbuat sesuatu untuk menghalangnya. Cara terbaik adalah dengan mencetuskan perbalahan di antara orang-orang beragama Kristian dengan orang-orang Islam/Melayu. DSAI sememangnya telah merancangkan sejak dari awal lagi, dan gesaannya agar pihak gereja Katholik menggunakan perkataan Allah pasti akan mengundang kemarahan umat Islam/Melayu. Jestru itu tidak hairanlah mengapa beberapa orang peguam ahli PKR menawarkan khidmat mereka untuk membantu pihak gereja mengenepikan larangan KDN terhadap pengunaan kalimah Allah di mahkamah tinggi.








Apabila suasana menjadi tegang, sudah pastilah dengan hanya mengarahkan anak-anak buahnya membakar beberapa buah gereja akan membuatkan suasana semakin sukar dikawal. Hasilnya orang-orang Kristian akan marahkan kerajaan Umno/BN dan Pakatan Pembangkang akan mendapat manfaatnya daripada pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi. Ini kerana majoriti rakyaat Sarawak yang beragama Kristian akan diharapkan turun mengundi pihak Pakatan Pembangkang sebagai undi protest.








Demi kerana undi dan kuasa semuanya boleh dihalalkan, "matlamat menghalalkan cara". Bahkan penulis pasti akan sampai satu masa nanti, DSAI mungkin akan merencanakan "pembunuhan" dirinya sendiri yang pastinya akan sengaja digagalkan dan Umno/BN pula yang akan dipersalahkan. Dan pada masa itu nanti rakyaat akan dihasut untuk bangkin melawan dan menjatuhkan kerajaan yang kononnya zalim.... Dah macam jalan cerita filem Hollywood pulak, maklumlah DSAI kan "ditaja" oleh Yahudi....Mungkin beberap pengarah dari Hollywood juga akan terlibat untuk mengarahkannya.










"Geng bakar gereja" ini dilihat semakin menjadi-menjadi, percaturan mereka dilihat sengaja "membakar" gereja-gereja ditempat berasingan untuk menggambarkan Malaysia seolah-olah sedang bergolak dan keselamatan rakyaat terancam. Tindakan mereka ini samalah seperti "mensabotaj" ekonomi negara, menghalang pelancong datang ke negara ini dan menyebabkan para pelabur bertempiaran lagi....












Bagaimana jika para penganjur "geng bakar gereja" ini kita hadapkan ke mahkamah atas tuduhan "pengkhianat negara" dan hukuman mati sebagai hukumannya? Kegiatan "geng bakar gereja" ini di negeri Kenyalang, menguatkan lagi jangkaan penulis bahawa "mereka" ini sengaja mahu menaikkan kemarahan penduduk Sarawak terhadap Kerajaan Barisan Nasional menjelang pilihanraya di negeri tersebut!!!!


1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Mak Cik pun fikir yang sama, ada orang yang berniat mahu mensabotaj inspirasi Malaysia 1. Walaubagaimanapun Menteri DN menyatakan bahawa ini insiden insiden terpencil..kita harap keadaan akan kembali pulih seperti biasa secepat mungkin.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.