11 Jan 2010

Lagi Kisah Penipuan Skim Cepat Kaya


Lebih 3,000 tertipu labur RM25 juta ternak cacing

KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kira-kira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari. Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd, di Kelang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lalu kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000. Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.





Komen Isac;




Sejak dahulu lagi kisah begini tak habis-habis menjadi tajuk di dada-dada akhbar.....Siapa yang tak nak kaya, dapat wang cara mudah, untung berlipat-lipat kali ganda tanpa perlu bersusah payah...Tapi kena ingat satu perkara, "jika kita ada walaupun sedikit sifat tamak, nak untung cepat dengan cara yang mudah misalnya, sememangnya kita akan mudah tertipu dengan janji-janji sebegini, mana ada perkara sebegitu di alam fana ini. Dalam kata lain kita sebenarnya ditipu oleh ketamakkan kita sendiri".



Jestru itu buangkan sifat tamak jauh-jauh....

1 comment:

  1. Isac, inilah sikap masyarakat di Malaysia... sentiasa berfikir hendak mencari kekayaan dengan jalan mudah dan cepat..... waima dalam politik pun begitu juga, kerana terlalu ghairah nak jawatan dan kuasa, apa saja cara meraka akan buat walau pun terpaksa melanggar undang-undang, menjual maruah bangsa dan agama.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.