19 Jan 2010

Kerajaan Selangor Pula Yang Kena Jawab Kepada Rakyaat........


http://www.malaysiakini.com/news/122262
Polis siasat exco S'gor kes peruntukan sekolah Tamil
Jimadie Shah OthmanJan 19, 1012:13pm
Polis akan memulakan siasatan terhadap exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini berkaitan laporan polis yang mendakwa beliau telah menyelewengkan peruntukan RM1.67 juta untuk sekolah Tamil tahun lalu.



Difahamkan pegawai polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang - tempat aduan tersebut dibuat kelmarin - akan menemui Xavier di pejabatnya di Shah Alam pada jam 4 petang ini. Ahad lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Klang, G Jeganathan mendakwa peruntukan kerajaan untuk menaiktarafkan sekolah telah diberikan kepada tiga NGO, tanpa sebab yang jelas. Katanya, beliau menerima surat yang ditandatangani oleh semua wakil PIBG yang mendakwa tidak menerima wang peruntukan tersebut. Xavier dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas keterangannya direkodkan pihak polis petang ini.
Komen Isac;
Seperti berjanji pula....Belumpun sempat Kerajaan negeri Kelantan "disiasat" dalam isu kerugian RM 50 Juta seperti mana yang didakwa oleh seorang blogger yang dahulunya "digaji" oleh kerajaan negeri Kelantan, kini timbul pula isu "menyalahgunakan" wang peruntukan kerajaan untuk menaik-taraf sebuah sekolah Tami. Penulis tidak menuduh tetapi yang pasti, rakyaat memerlukan penjelasan mengenainya.
Kalau dahulu, hanya kerajaan Umno/BN sahaja yang perlu menjawab berbagai-bagai persoalan, kini giliran kerajaan yang diterajui oleh pembangkang pula mengalaminya....Barulah rakyaat boleh membuat perbandingan..... Memang senang menunjukkan kesalahan orang lain...Tetapi bagaimana pula bila orang lain mempertikaikan kesalahan kita? Kita nak kata mereka tu "Cah Keting"? Sebagai manusia kita kena sentiasa muhasabah diri terutamanya jika kita seorang "pemimpin besar"......
Bongkar lagi banyak-banyak apa yang telah mereka selewengankan selama pemerintahan hampir dua tahun ini dan lakukan dengan bersistematik....Pastinya nanti mereka akan ditolak oleh rakyaat.....

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.