19 Jan 2010

Harakahpun Berkongsi Mimpi Dengan DS Nizar....




KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku. Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.




"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak. Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu. Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.






Komen Isac;




Ingatkan Nizar sahaja yang ibarat "punggok merindui bulan" rupa-rupanya Harakah juga "bermimpi di siang hari". Dia orang ni tudur satu bantal ke? Takkanlah elok-elok memerintah, memerintahpun tak sampai setahun...Lepas tu nak bubarkan Sidang Dun pulak.....



Tak berapa logik lah bro....Perak pun setakat hari ni aman aje.....Dah tak ada lagi orang yang nak baring-baring atas jalan, sembahyang atas jalan atau mogok lapar.....Cuma ada seorang yang suka merempit pakai Toyota Camry, itupun tak merbahaya sebab dia sorang-sorang dia....dan sekarang pun dia dah tak buat lagi dah.....



Kerajaan Umno/BN pun X ade apa yang nak disorokkan....Nak alih perhatian dengan membubarkan Sidang Dun pun dilihat tak ada sebab yang munasahabah....Kalau Sidang Dun Selangor atau Kelantan yang hendak dibubarkan, rasanya adalah munasabah sikit, maklumlah mahu mengalihkan perhatian rakyaat terhadap isu-isu yang sedang mereka hadapi terutamanya dalam kes-kes yang bakal dibicarakan di mahkamah.... :(

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.