2 Nov 2009

Siapa Kata Hj. Hadi/Pas Menolak Cadangan Untuk Menubuhkan Kerajaan Perpaduan Mentah-mentah?

Dipetik dari Malaysiakini.
http://www.malaysiakini.com/news/116444
Umno sedia runding k'jaan perpaduan
Nov 2, 09 3:38pm


Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan PAS."Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan. "Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" PAS. Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan PAS. "Saya tidak tahu apa pendirian PAS sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin PAS)," kata perdana menteri. BERNAMA

Komen Isac;

Maksudnya kalau PM yang ada sekarang ini (DS Najib) juga sudi untuk menghulurkan tangan, tanda perdamaian dan perpaduan kepada Pas, TG Hj. Hadi pasti tidak akan teragak-agak untuk menerimanya? Umno dan Pas ibarat abang dan adik, air yang dicincang tak akan putus.

TG Hj. Hadi sebenarnya malu-malu, bak anak gadis yang malu takut nanti, dikata orang, "perigi mencari timba" ataupun, "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Lagi satu TG Hj. Hadi ni, sebenarnya segan kat TG Nik Aziz aje, kalau tidak....Lama dah dia sambut, tak kisahlah siapa yang jadi perigi dan siapa yang jadi timba, yang jelas, Islam menyeru kepada perdamaian dan perpaduan sesama manusia, apalagi untuk kita yang sebangsa dan seagama.

TG Hj Hadi pun pasti tidak berani untuk membelakangkan syariat Islam, kecuali ada di antara "ulamak-ulamak" Pas yang berani menunjukkan kepada beliau, adanya ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menghalang untuk Pas menerima Umno.

1 comment:

  1. Yang termampu oleh kita cuma memanjatkan doa kehadhirat Allah swt semuga akan bersatu juga umat Islam. Inshaallah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.