2 Nov 2009

JAIS Ni Jadi Alat Siapa? - Makan Bersama-sama Pun Perlu Ada "Permit"? Zalim Mengalahkan "Firaun"!!!!

Dipetik Dari mStar Online
Isnin November 2, 2009
Wakil parti politik, NGO, hadir sokong bekas Mufti Perlis
Oleh ZIEMAN dan SITI AZIRA ABD AZIZ


Foto: Dr. Asri Hadir di JAIS (Gambar diambil dari Agenda Daily)




KUALA LUMPUR: Lebih 100 individu memenuhi perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, pagi ini, untuk memberi sokongan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.




Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar. Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta beberapa orang peguam.





Mohd Asri ketika dihubungi berkata, beliau tiba di pejabat tersebut sekitar pukul 9 pagi tadi, namun sehingga kini, masih belum ada sebarang pegawai yang muncul untuk mengambil keterangannya. "Beberapa peguam yang hadir juga ada menawarkan diri untuk memberikan khidmat guaman kepada saya," ujarnya.




Mohd Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.





Sementara itu, Thalia Rohaina Abdul Latif yang merupakan salah seorang peguam yang hadir di pejabat agama tersebut berkata, Mohd Asri kemungkinan akan dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 119 berkaitan ajaran ilmu agama yang dibuat tanpa tauliah. Namun begitu, kata Thalia lagi, perkara ini tidak sepatutnya terjadi dan JAIS sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penahanan.





"Mereka (JAIS) datang menyerbu beliau di premis rakannya dan pada waktu itu beliau sedang menikmati makan malam, dan bukannya sedang memberikan ceramah seperti yang didakwa. "JAIS sepatutnya siasat dulu sebelum membuat tuduhan," katanya.





Komen Isac;




Mak ai, makan dengan kawan-kawanpun kena tahan, kena dakwa, disiasat dan kena buat laporan? Zalim mengalahkan "firaun"!!!




Sekali lagi saya nak tanya, adakah ini angkara seorang-dua pegawai JAIS yang memandai, ataupun memeng diarahkan oleh Khalid Ibrahim aka Anwar Ibrahim ?

2 comments:

  1. Salam, ada blog pro pembangkang mendakwa seolah-olah kerajaan UMNO-BN yang menaja penangkapan Mohd Asri.

    Tidakkah mereka tahu, Selangor dibawah kerajaan pakatan rakyat yang mana Dr Hasan Ali adalah Exconya, sepatutnya pihak JAIS lebih peka dengan isu ini kerana kerajaan pakatan yang menentukan arahan penangkapan.

    Mengapa mesti timbul perkataan isu politik dalam penangkapan tersebut...

    ReplyDelete
  2. Bro, bagi saya ini ada hubung kait dengan dua isu penting.

    Pertama, ia adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat berkenaan isu perbicaraan Anwar yang dijangka di dengar di mahkamah esok.

    Kedua, isu ini adalah untuk membunuh karier politik Dr Hassan Ali yang sejak kebelakangan ini cenderung untuk bergandingan dengan UMNO!

    Asri bertanya siapa dia tangan-tangan ghaib yang merencanakannya? Bagi saya orang yang dimaksudkan adalah Anwar dan keldainya ialah Khalid Ibrahim!

    Kita tunggu apa reaksi exco yang berkuasa dlm hal ehwal agama Islam di Selangor ini....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.