10 Nov 2009

Ronnie Liu Nafi Dakwaan Bantu PKM, Tapi Bagaimana Pula Keterlibatan Beliau Dengan Kongsi Gelap Dan Kes Kematian Mendiang Teoh?


Dipetik dari Malaysiakini


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata beliau tidak pernah terlibat dalam membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum ini seperti didakwa oleh sebuah blog, unspinners.blogspot.com



Menurut Ronnie, "Saya tak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti PKM. Saya ingat ini satu tuduhan terhadap saya yang mempunyai motif tertentu". "Saya tidak pelik dengan dakwaan ini kerana sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan yang mengaitkan saya dengan perkara tidak baik seperti 'mengarahkan mendiang Teoh Beng Hock dibunuh' serta mempunyai hubungan dengan kongsi gelap," katanya.



Mungkin pembaca-pembaca mempunyai tanggapan yang berlainan, tetapi penulis merasa hairan mengapa dalam isu dikatakan beliau membantu pengganas komunis dan mempunyai kaitan dengan Chin Peng, Ronnie menafikanya, tetapi dalam isu mengaitkan dirinya dengan kongsi gelap dan terlibat di dalam pembunuhan mendiang Teoh dia "tidak menafikannya". Penulis tidak menuduh, cuma tertanya-tanya, mengapa beliau tidak menafikannya.

3 comments:

  1. Tuan,
    mohon tolong link-kan blog puisi saya diblog tuan - http://selagimasih.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. saya sorang, tak ada yg mustahil, tak nak ngaku tak per, kita siasatlah, siasat, siasatlah lagi, lama-lama mesti bukti dapat,SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA, DAGING BUSUK TAK DAPAT DITUDUNG2 DGN NYIRU JER, LAMA-LAMA AKAN BERBAU JUGA.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.