9 Nov 2009

Nik Aziz Kata Penyokong Bolasepak Kelantan Tak "Sporting"!!! - Penulis Tanya PAS & Penyokong Sporting Ke?

Dipetik Dari Kosmo Online
9 November 2009


KEPULAN asap di tempat duduk penyokong Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin dan Nik Aziz (gambar kecil) menyifatkan mereka tiada semangat kesukanan.


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan peristiwa yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Beliau menganggap penyokong Kelantan yang dikatakan merusuh serta membakar kerusi di stadium berkenaan sebagai tiada semangat kesukanan.

Artikel penuh sila layari link;
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm




Komen Isac;


Nampaknya Tok Guru ni macam "ketam mengajar anaknya berjalan lurus". Memang selama ini pun PAS mengajar penyokong-penyokongnya supaya main "ngelat" (tak sporting). Kalau menang pilihanraya, mereka akan kutuk pihak lawan "ditolak rakyaat".
Tapi apabila mereka kalah, mereka akan kata SPR berat sebelah, akibat pengundi hantulah, Umno/BN rasuah pengundilah dan lain-lain lagi.... Pada hakikatnya mereka lah yang memainkan taktik kotor selama ini, seperti menyusun ahli-ahli PAS untuk mendaftar sebagai pengundi-pengundi di kawasan-kawasan tertentu, pergi pukul penyokong BN dan katakan penyokong mereka yang kena pukul, mengacau "peraih undi" (wanita), merosakkan poster Umno/BN, bagi rasuah keropok, menabur fitnah, edarkan duit palsu, menyerang peribadi dan lain-lain lagi.

1 comment:

  1. ini semua dasar politik pas dan pr...
    ajar orang jadik kurang ajar

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.