12 Nov 2009

Memang Dr Hassan Ali Yang Mengarahkan Dr. Asri DiTangkap?

Dipetik Dari Kosmo Online




SHAH ALAM - Nazir atau setiausaha masjid dan surau di seluruh negeri Selangor yang didapati masih mengundang penceramah tanpa tauliah daripada pihak berkuasa agama akan dilucutkan jawatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, tindakan tegas itu akan diambil terhadap mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan negeri.

Menurut beliau, ini kerana ada segelintir nazir atau pentadbir masjid dan surau yang membenarkan individu tertentu menyampaikan ceramah serta khutbah tanpa tauliah meskipun menyedari tindakan tersebut adalah dilarang.

"Kita telah memanggil nazir masjid serta setiausaha surau yang didapati menjemput penceramah tidak bertauliah ini dan kita telah beri nasihat kepada mereka.

"Sekiranya kesalahan itu terus dilakukan, kita akan beri amaran dan seterusnya mengkaji semula jawatan mereka sama ada boleh diteruskan atau tidak," katanya pada Sidang Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ismail Sani (BN - Dusun Tua) mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap larangan individu yang tidak mempunyai tauliah membaca khutbah di masjid dan surau di Selangor.

Komen Isac;

Adakah dia sengaja dikambing hitamkan? Nampaknya kerajaan2 di Malaysia samada Pembangkang maupun BN sememangnya suka mengambil suatu tindakan yang boleh dipersoalkan. Keputusan "Flip-Flop". Dalam kes ini, seseorang penceramah yang bebas berceramah di kaca-kaca tv, radio dan media-media lain tetapi dinafikan hak untuk berbuat demikian di negeri Selangor.

Apa, semasa berceramah di media-media tadi ianya tidak sampai ke Selangor ke? Bagaimana pula dengan pengecualian terhadap Sarjana-sarjana Agama, bekas mufti dan ahli majlis fatwa negeri seperti yang termaktub dalam enakmen JAIS sendiri?

Adakah pegawai-pegawai dan Pengarah JAIS sendiri layak untuk menemuramah Sarjana-sarjana Islam yang lebih tinggi kelulusannya, lebih tinggi pengalamannya serta lebih banyak buku-buku agama yang telah dihasilkan? Apapun pada pandangan saya Dr. Hassan hanya menjadi "kambing hitam" dalam kes ini.


1 comment:

  1. Salam, begitulah kalau seseorang ulama yang tidak menyokong mereka.......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.