13 Nov 2009

Antara Ahli/Penyokong Pas dan Umno Siapakah di antara Mereka Teman Syaitan? Waliyazubillah...


Telah diceritakan bahawa Allah S.w.t. telah memerintahkan iblis untuk bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala pertanyaan yang baginda kemukakan. Iblis pun datang dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih sedang di tangannya memegang tongkat.





Bertanya Baginda Rasulullah S.A.W, "Siapakah kamu?"


Iblis menjawab, "Aku adalah iblis".



"Apakah maksud kamu datang berjumpa aku?", tanya Rasullullah s.a.w.



"Allah memerintahkan aku datang bertemu dengan kamu dan menjawab apa jua soalan daripada kamu", ujar Iblis.



"Hai, iblis, berapa ramaikah musuhmu dari kalangan umat-umatku?"





Jawab Iblis, "Lima belas iaitu";

1.Engkau sendiri wahai Muhammad.

2.Imam dan pemimpin yang adil.

3.Orang kaya yang merendah diri.

4.Pedagang yang jujur dan amanah.

5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk.

6.Orang mukmin yang memberi nasihat.

7.Orang mukmin yang menyayangi saudaranya (orang-orang Islam).

8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9.Orang yang menjauhkan diri dari dari segala yang haram.

10.Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11.Orang mukmin yang bersedekah dan menderma.

12.Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.

13.Orang mukmin yang bermanafaat kepada orang.

14.Orang yang hafal Al-Quran serta selalu,membacanya.

15.Orang yang berdiri mengerjakan solat diwaktu malam sedang orang lain tidur.



Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, "Berapa ramaikah temanmu dari umatku?"



Jawab Iblis, "Sepuluh iaitu;"

1.Hakim yang tidak adil.

2.Orang kaya yang sombong.

3.Pedagang yang khianat.

4.Orang pemabuk/peminum arak.

5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6.Pemilik harta anak yatim.

7.Pemakan Harta anak yatim.

8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

9.Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10.Orang yang selalu berangan-angan dan berkhayal.



Komen Isac;
 
 
Dia bukan kira dari parti politik mana.....Siapa yang ada ciri-ciri 10 teman syaitan di atas, sendiri mau ingatlah.....


Dipetik dari buku: 75 koleksi kisah benar dalam hidup Nabi-Nabi, para Sahabat danTokoh-Tokoh! Islam. (Jasmin Enterprise).

1 comment:

  1. Salam bro, apa nak herankan, Nik Aziz bersedia bersahabat dengan syaitan & Iblis....... tak jadi masalah pun kalau dia PAS juga adalah 'syaitan'...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.