17 Oct 2009

PKR Bergolak??? Zaid Atau Azmin Yang Bakal Disingkirkan?

Dipetik dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/115220
Zaid cuti mengejut, krisis terbaru PKR
Oct 16, 09 3:40pm




Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti. "Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini. Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.


Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali. Beliau, yang juga ahli parlimen Gombak, dilaporkan tidak senang dengan peranan Zaid yang akan dihantar ke Sabah esok untuk menyelesaikan penolakan ketua-ketua bahagian terhadapnya, yang dilantik sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Dalam satu mesyuarat biro politik PKR Selasa lalu, Azmin didakwa melepaskan kemarahannya terhadap bantahan ketua-ketua bahagian di Sabah sehingga Anwar juga sukar menenangkannya.



Komen Isac;


Apa pula yang akan dibuat oleh Zaid selepas ini, dia pernah digantung kerana "politik wang" semasa menjadi ahli Umno.



Ada desas-desus yang mengatakan beliau "terlibat" memasang poster/bendera Pas ketika PRU 12 yang lalu gara-gara tidak dinamakan sebagai calon BN, dan sebab itulah apabila beliau dilantik ke jawatan menteri kabinet pimpinan Pak Lah, ramai yang merungut.



Selepas melepaskan jawatan menteri dan menghadapi tindakan disiplin parti baru-baru ini, beliau telah menyertai PKR dan seterusnya menyelar DEB yang dikatakan tidak berlaku adil terhadap kaum-kaum lain kerana dasarnya membantu kaum bumiputera. Umum mengetahui atas tiket firma guaman Melayu, DEB telah "mengkayakan" beliau kerana kerap dilantik untuk menguruskan kontrak-kontrak yang dengan berkaitan kerajaan. Perjanjian-perjanjian yang melibatkan berbilion-bilion ringgit.



Penulis percaya, yang bermain dalam fikiran DSAI sekarang ialah samada mahu memilih untuk mengekalkan Zaid ataupun Azmin. Secara profesionalnya Zaid sudah tentu lebih berkelayakkan dan pengaruhnya terhadap masyarakat bukan Melayu adalah lebih besar berbanding Azmin, ini adalah kerana sikapnya yang dilihat "anti" DEB. Sementara Azmin pula, adalah merupakan anak didik DSAI yang telah lama bersamanya dan telah berkorban hampir "apa sahaja" demi DSAI.


Pengumuman Zaid untuk bercuti selama enam bulan dilihat sebagai cuba memberikan tekanan kepada DSAI untuk menyingkirkan Azmin. Tingkah-laku Azmin sejak akhir-akhir ini, dilihat seperti mahu menonjolkan diri sebagai orang nombor dua kepada DSAI di dalam parti PKR juga sedikit sebanyak merimaskan DSAI. Ada desas-desus mengatakan kembalinya Ezam ke pangkuan Umno dahulu juga adalah kerana berselisih faham dengan Azmin.


Saranan Azmin sedikit masa dulu agar exco DAP Selangor digugurkan, juga pasti masih membara dibenak pemimpin-pemimpin parti DAP. Masalah beliau dengan pemimpin-pemimpin PKR Sabah juga dilihat merugikan Pakatan.


Dengan situasi ini, jika nantinya Azmin yang ditunjukkan jalan keluar, pasti ramai dikalangan pemimpin Pakatan yang akan gembira.


1 comment:

  1. ooo.. mamat troublemaker rupanya.... dia tu mmg tak boleh pakai lagi dah..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.