16 Oct 2009

Pas Mahu Dedah "Penyelewengan" di Bagan Pinang - Hah Bagus, Umno Juga Perlu Dedah Sama, Yang Salah Kita "ISA" kan Aje!!!!

Dipetik dari HarakahDaily
Petisyen PRK Bagan Pinang, penyelewengan akan didedah Link;http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22832&Itemid=1
Hashim Abdullah Thu Oct 15, 09 1:38:44 pm MYT



Foto: Gambar Hiasan - Fanatik Sebeginikah Yang Pas nak Ikut? Pilihanraya Bawa Pedang, Bawa Tentera "JIhad", Bawa Pengebom Berani Mati ?



TEMERLOH,15 Okt: PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.


Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.



"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.



Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.



"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.



Komen Isac;



Baguslah tu, tak habis-habis nak menipu rakyaat. Dia yang buat huru-hara, orang lain yang dituduhnya.



Bagus juga dia orang buat petisyen ni, moga-moga polis pun akan siasat berkaitan kekacauan, penipuan dan panggilan "jihad" palsu di Bagan Pinang tempoh hari. Semoga pihak polis, KDN & pendakwaraya mengambil tindakan yang sewajarnya dengan secepat mungkin. Bukti panggilan "jihad" palsu mudah dikesan siapa pengutusnya. Dakwaan Salahuddin berkenaan penyokong-penyokong Pas diserang dengan Pedang Samurai juga mudah untuk disiasat, mana mangsanya? Jika tidak ada mangsa maksudnya Salahuddin membuat dakwaan palsu dan berniat jahat. Apa lagi tangkap dan dakwa di bawah Akta Hasutan.



Jangan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja. Kalau isu kepala lembu, begitu cepat mereka yang terlibat ditangkap dan didakwa. Mengapa pula pihak polis, KDN dan pendakwaraya bersikap pilih kasih bila ianya melibatkan pembangkang? Adakah ini bermaksud pembangkang bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk menghancurkan negara ini?

Ataupun adakah Pendakwaraya dan KDN sebenarnya pro pembangkang?

2 comments:

  1. aikkkk
    dah terbalik kot..
    sapa yang bawa pedang masa di bagan pinang.
    amboi amboi baik sesangat lah ko orang umno ni kan

    ReplyDelete
  2. Salam Anon,

    Itu Salahuddin yang cakap...Suruh report X berani...

    Kalau betul2 kebal, mai sini aku tebas tengok....Putus ke tak putus...Jangan lah berlebih2 bila berkelahi....Itu ciri2 orang Munafiq. Waliyazubullah....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.