9 Oct 2009

Penyokong Pas "Bakar" KD Seri Inderapura Untuk Alih Perhatian Kurangnya Sokongan Rakyaat di PRK Bagan Pinang?

Dipetik dari Bernama
Link; http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=445449




Asap berkepul-kepul naik dari KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut kira-kira 6 pagi tadi. -Foto THE STAR oleh SAIFUL BAHRI
PORT DICKSON, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang membeli kapal pendarat baru bagi menggantikan kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Seri Inderapura yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut, Perak, Khamis. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kapal yang berusia 40 tahun itu tidak boleh digunakan lagi akibat kebakaran teruk kali kedua, selepas terbakar kali pertama pada 2002."Saya telah menghubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tadi, beliau kini berada di luar negara, pada hemat saya PM yang menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun minta cari alternatif lain ganti kapal itu, bagaimanapun sukar untuk mencari kapal kerana tidak mudah didapati di pasaran ketika ini.
"Kalau kita ada keperluan sekalipun ia harus dibuat secara tender terbuka, untuk bina kapal itu akan memakan masa 36 hingga 60 bulan, pada hemat saya, kapal ini tak boleh lagi digunakan, maka penggantian haruslah dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis. Mengenai kejadian itu, beliau berkata, kapal yang ditauliahkan kepada TLDM pada tahun 1995 itu terbakar pada pukul 6.23 pagi dan api hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.15 petang oleh Bomba TLDM dengan bantuan anggota Balai Bomba Manjung, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot tunda awam. Beliau berkata, semasa kejadian itu berlaku, seramai 77 anggota termasuk enam pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Bersyukur kerana kejadian itu berlaku di pangkalan, malang kalau ia berlaku ketika dalam pelayaran, pasti sukar untuk memadamkan kebakaran," kata Ahmad Zahid.Menurut beliau, laporan awal mendapati kebakaran itu kemungkinan disebabkan litar pintas dan tidak ada kena-mengena dengan unsur sabotaj."Tak ada unsur sabotaj, tak ada kena mengena dengan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang kononnya merancang mahu "menyerang" Malaysia," tegasnya. Malah beliau juga menolak dakwaan bahawa KD Seri Inderapura tidak diselenggara baik oleh TLDM kerana baginya TLDM sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi dan pemeriksaan teknikal dan mekanikal selalu dititik beratkan.
Katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan Lembaga Siasatan yang ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kebakaran itu.Menurut Ahmad Zahid, kapal dari Skuadron LST ( Landing Ship Tank) itu sepatutnya akan belayar ke Sabah dan Sarawak bagi menghantar barang-barang logistik ke Markas Wilayah 2 Laut Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar. Jelasnya, sebahagian besar barangan yang dimuatkan di atas dek kapal itu musnah bagaimanapun operasi penghantaran bekalan itu tidak akan terjejas. "Barang-barang itu akan kami hantar sedikit masa nanti kerana kami mempunyai sebuah lagi kapal pendarat, KD Seri Indera Sakti," katanya. Kapal KD Seri Inderapura yang mempunyai kekuatan 324 anggota dibina pada tahun 1970 dan digunakan Tentera Laut Amerika Syarikat setelah ditauliahkan di bawah kelas NewPort dengan nama USS Spartanburg County. Bagaimanapun pada 16 Dis 1994, kapal itu diserahkan kepada TLDM dan dinamakan KD Seri Inderapura dan telah berkhidmat untuk negara ini selama 15 tahun.-- BERNAMA
Komen Isac;
Bagaimana jika Isac kata kebakaran ini adalah perbuatan khianat penyokong-penyokong Pas? Ianya dilakukan kerana mereka hendak mengalih perhatian rakyaat, kerana mereka dapati Pas telah semakin ditolak oleh rakyaat khususnya di Bagan Pinang. Bukankah Pas pernah mengatakan mereka mempunya talibarut-talibarut mereka di dalam angkatan tentera dan polis? Anda percaya?
Nasihat Isac, jika dengar sesuatu berita jangan terus percaya, selidiki dulu...Kita (orang Islam) memang disaran untuk berbuat demikian itu selari dengan syariat. Kebelakangan ini terlalu banyak fitnah-fitnah jahat yang berkumandang. Yang sedihnya "Parti Islam" turut terlibat.
Memang jika menurut sunah rasulullah, pemerintah akan diketuai oleh orang yang yang tinggi ilmu agamanya. Tetapi yang Pas terlupa baginda Rasulullah sendiri sebelum diangkat menjadi nabi serta rasul Allah, adalah seorang ahli perniagaan yang handal malah para sahabab-sahabat sendiri, seperti Saidina Othman misalnya, adalah seorang hartawan/peniaga yang cukup kaya di zamannya.
Nabi Muhammad juga pernah bersabda 9/10 daripada rezeki adalah daripada perniagaan, jestru itu jelaslah kepada kita selain dari ilmu agama, ilmu ekonomi (skop yang lebih luas) adalah satu lagi cabang ilmu yang penting untuk kita menjadi pemerintah yang baik. Tanpa pentadbiran yang baik negara tidak akan makmur rakyaat akan menderita. Janganlah kita membuat sesuatu definasi itu secara dangkal dan membuta tuli untuk kepentingan peribadi dan mengamalkan assobiyyah kepartian yang sempit. Tiada salahnya untuk menjadi nasionalis kerana mempertahankan diri sendiri, keluarga dan tanah air juga adalah wajib.

2 comments:

  1. Salam.. Teman pun tak suka menuduh tapi kemungkinan tetap ada, yang berlaku di Indonesia tu pun kemungkinan dalangnya berada disini.
    Apapun kenalah berhati-hati dan siasat hingga keakar-umbi..

    ReplyDelete
  2. petuanlang bangsa,perosak bangsa agama dan negara..ini bukan cara kita untuk menegakkan agama islam..agama islam lebih tercemar bila PAS dengan biadap dan rakusnya memaki hamun umno..PAS jangan rosakan nama islam dengan keganasan yang mereka lakukan

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.