8 Oct 2009

Dulu Pas Kata Tentera Lawan Komunis "Mati Katak", Sekarang Pula Kata Undi Tentera Boleh "Dibeli".

Dipetik Dari Malaysiakini
PAS dakwa BN cuba rasuah tentera
Oleh Jimadie Shah Othman
Okt 8, 091:45pm


Kemaskini 2.58pm Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED. Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.

Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja. PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu. Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini. Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu Sabky Yusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir. Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung. "Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson. Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.


Berita penuh sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/114491

Komen Isac;

Maksud Nasrudin Hassan, tentera kita mudah untuk digula-gulakan? Undi mereka mudah dibeli? Nampaknya Pas langsung tidak menghormati perasaan anggota-anggota tentera kita. Sudahlah segala pengorbanan mereka menentang pengganas komunis selama berpuluh-puluh tahun tidak dihargai sebaliknya bersimpati Pas kepada Ching Peng. Kini Pas bagaikan menginjak-injak kebijakkan anggota-anggota tentera kita apabila membuat andaian bahawa mereka begitu mudah dibeli apabila dijanjikan dengan pelbagai ganjaran.

Dulu kata tentera "mati katak" sekarang kata mereka makan "rasuah" pulak, nikmat kedamaian, kemerdekaan dan kesenangan kehidupan maupun ekonomi atas pengorbanan anggota-anggota kita membuatkan Pas buta nikmat.

Adakah lojik Umno hendak merasuah anggota-anggota tentera dengan segala janji-janji kemudahan/kebajikan yang samada sememangnya telah diberikan oleh kerajaan? Ataupun kemudahan "biasa" yang sememangnya adalah hak anggota-anggota tentera?

Bantuan pendidikan untuk anak-anak anggota tentera memang telah lama diberikan, sehinggakan ada sebuah MRSM diperuntukkan khas untuk anak-anak anggota tentera dan polis iaitu terletak di Kem Terendak Melaka. Berkenaan bantuan untuk melanjutkan pendidikan ke universiti pula, kerajaan memang telah lama membantu bukan sahaja anak-anak tentera dan polis, malah anak-anak kakitangan kerajaan juga tidak terkecuali. Ini juga bukan setakat untuk orang-orang Melayu malah untuk semua warga Malaysia.

Bagi pembinaan gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar, semua itu kini telah menjadi kemudahaan asas bagi kakitangan awam lain dan bukan lagi suatu kemewahan. Kolam renang juga perlu kerana komuniti tentera di PD juga amat besar. Bahkan skil berenang adalah suatu kemestian bagi semua anggota tentera.

Sementara bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED pula, ianya memang menjadi tanggung-jawab kerajaan kerana institut Kejututeraan Tentera Darat adalah di bawah sengaraan dan milik penuh kerajaan.

Kepada Nasrudin pula carilah modal lain....Janganlah merepak tak tentu pasal...Nampak macam orang tak cerdik pulak...

4 comments:

  1. Beginilah kerja-kerja PAS khawarij, mereka akan sentiasa mencipta fitnah baru untuk menipu masyarakat....... kalau direnung betul-betul wajah mereka, kita akan dapat lihat rupa sebenar menerka ada mirip syaitan dan iblis.....

    ReplyDelete
  2. dulu lain, skrang lain.. dulu sokong barisan,skrang sokong PAKATAN

    ReplyDelete
  3. Ada ramai jugak yang dulu Ikut Pakatan sekarang dah Insaf dan balik kepangkal jalan Anon....

    Dulu Pakatan, Sekarang Umno/BN....

    Pakatan kan biasanya berpakat untuk buat benda2 yang X baik....

    ReplyDelete
  4. Nalapambu,

    Itu andaian ko sahaja....Macam jugak "Pakatan Rakyaat"....Nak bagi sedap hati sendiri yang kononnya "Rakyaat" menyokong korang....

    Rakyaat mana yang sokong? Mereka adalah Melayu yang X berapa cerdik dan orang2 Cina & India yang berfikiran perkauman yang mahu menjajah Melayu di bumi mereka sendiri...Tamak...

    Alangkan Pelacur dan Pembunuh 100 orang manusiapun diterima taubatnya....Kenapa pulak Isa yang dah dihukum tidak?

    DSAI bekas banduan terbukti bersalah dan masih dibicara atas kes liwat pun masih korang leh terima.Ko pakai "dacing"apa ni? Berat sebelah aje?

    Engkau ahu ke hukuman bagi homoseks dalam Islam adalah bunuh kedua2nya?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.