2 Oct 2009

"Pembunuh" Mendiang Teoh (Pemilik DNA) Telah Mati Lebih Awal Dari Mendiang? - "Hantu"?

Dipetik dari mStar Online
Jumaat Oktober 2, 2009


Inkues Teoh: DNA misteri milik lelaki yang telah meninggal dunia
SHAH ALAM: DNA atau asid deoksiribonukleik lelaki misteri yang dijumpai pada blazer dan tali pinggang Teoh Beng Hock sebenarnya milik seorang lelaki yang meninggal dunia dan dibedah pada hari yang sama dengan Teoh di bilik bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 17 Julai lepas.

Ahli Kimia Forensik Dr Seah Lay Hong memberitahu Mahkamah Koroner bahawa DNA itu, iaitu unsur dasar gen, mempunyai padanan sehingga 99.9 peratus dengan M. Gopala yang terbunuh dalam kemalangan motosikal.

Dr Seah berkata berdasarkan hasil siasatan kali ketiga itu, beliau mempercayai bahawa DNA itu diperoleh berikutan penggunaan meja bedah siasat yang sama dan ia tidak dicuci menggunakan 'sterillizer' (alat pembasmi kuman).

Pada 17 Julai mayat Teoh telah dibedah oleh pakar patologi Dr Khairul Azman Ibrahim di Hospital Tengku Ampuan Rahimah selepas Dr K. Saravanan, 39, doktor perubatan, selesai melakukan bedah siasat ke atas dua lelaki iaitu L. Jeganathan dan Gopala.

Dr Seah berkata DNA Jeganathan bagaimanapun tidak mempunyai persamaan dengan DNA yang dijumpai pada blazer dan tali pinggang itu.

Bagaimanapun penemuan pemilik DNA itu masih belum lengkap sebenarnya kerana masih terdapat satu lagi DNA lelaki misteri pada bahagian tali pinggang Teoh dan Dr Seah menamakannya sebagai lelaki yang tidak dikenali.

Apabila ditanya peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh mengenai perkara itu (lelaki tidak dikenali), Dr Seah berkata tiada DNA yang berpadanan dengannya dan ia masih tidak diketahui pemiliknya.


Komen Isac;

Maksudnya "hantu Gopala" terlibat?

Macam ini pun ada....Nasib baik mendiang Gopala tu dah meninggal kalau tak tak pasal-pasal pulak dia yang kena tangkap/tahanan reman.

Kelemahan seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya bukan sahaja memberikan imej yang kurang baik kepada para forensik bahkan mungkin akan menyebabkan orang yang tidak bersalah terhukum/terinyaya.

Kalau beginilah cara mereka bekerja, bukti "CSI"/Forensik kita masih belum layak untuk dijadikan bukti pertuduhan.


2 comments:

  1. bukan gobind sing delo punya DNA ke
    cuba check nama betul ke Gopala or Gobindpala

    ReplyDelete
  2. Salam ..Kelemahan pihak forensik hanya akan menjadi modal pembangkang menyalahkan kerajaan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.