2 Oct 2009

Azmin Kata Isa, Akhbar Lama Yang DiKitar Semula. Tetapi Membiarkan "Selangor" DiTadbir Oleh "Gengster".

Dipetik dari HarakahDaily.Net
Link; http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22630&Itemid=1
Isa ibarat 'Surat Khabar lama dikitar semula'-Azmin
Nazri Abdullah Thu Oct 01, 09 10:30:07





TELUK KEMANG, 1 Okt: Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno ibarat mengitar semula surat khabar yang sudah lama.

"Mereka (BN) mencalonkan surat khabar lama untuk dikitar semula yang terbukti sebagai perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa," ujarnya ketika berucap pada malam pengumuman calon PAS Selasa lalu.


Tindakan BN mencalonkan Isa juga katanya cubaan menghina dan memperbodohkan pengundi Bagan Pinang. Namun beliau yakin pengundi tidak akan tertipu dan tidak akan menggadaikan maruah mereka memilih seorang yang terbukti terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tersebut.


"Yang rasuah adalah Umno. Siapa yang tuduh, bukan PAS, bukan DAP bukan keADILan, yang tuduh adalah Umno, yang jatuhkan hukuman, Umno, yang pilih calon rasuah juga adalah Umno."


Ujarnya lagi, sikap Umno BN memilih calon sedemikian bukan perkara baru. Ianya adalah sebagai sikap muafakat dan tolong menolong Umno yang telah diamal sekian lama.

"Inilah satu sikap yang sejak dulu ada dalam Umno. Tolong menolong demi kepentingan politik, aku tutup kes kau, kau tutup kes aku," katanya.


Tun Mahathir dan Ku Li juga sebelum ini menasihatkan Umno BN memilih calon yang lain supaya parti mereka tidak terbeban dengan rekod buruk Isa. "Tentunya orang paling bersedih dengan pemilihan Isa adalah Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, nasihat mereka telah dibakul sampahkan," katanya.





Komen Isac;



Pakatan biasa lah tu....Sesungguhnya keadilan hanya untuk mereka dan sekutu mereka....Kalau berlaku pada orang lain, semunya tidak adil malah busuk, hanyir, najis dan apa juga perkataan yang "bobrok" dan yang seangkatan dengannya.

Dah namanya pun "Pakatan"....Memandangkan Azmin menggunakan hujah Tun Mahathir untuk menolak Tan Sri Isa, secara tidak langsung ini bermaksud bahawa beliau juga bersetuju dengan statement Tun Mahathir bahawa dalam budaya Melayu/Malaysia "Pakatan" hanya digunakan untuk membuat sesuatu yang 'jahat"/ tidak baik. Jadi benarlah bahawa Pakatan "Rakyaat" hanya akan membawa kemusnahan dan keburukkan kepada rakyaat Malaysia.



Mari kita tengok siapa pula yang menganggotai Pakatan terutamanya PKR. Rata-ratanya mereka adalah pemimpin-pemimpin yang samada telah disingkirkan dari Umno/BN ataupun yang menyingkirkan diri mereka kerana matlamat peribadi mereka tidak tercapai. Jika kita lihat dan teliti mereka inilah juga yang sebenarnya telah membudayakan "politik wang" semasa mereka ini masih berada di dalam Umno/BN.




Mereka ini jugalah yang mempraktikkan budaya "mengkayakan" kroni mereka semasa mereka berada di dalam Umno/BN dan semasa "pemimpin besar" mereka menguasai kementerian kewangan. Nilaian RM 15 billion projek "gajah putih" telah diaggihkan kepada sebahagian dari mereka ini. Kerana mereka inilah pengarah-pengarah kepada syarikat-syarikat yang menerima projek-projek berkenaan.




Tetapi yang dipersalahkan hanyalah Umno/BN....Dan Rakyaat pun tertipu....Orang yang sudah menjalani hukumanpun masih hendak dihukum berkali-kali....Tetapi orang mereka "sendiri" terlepas dari hukuman kerana setiap kali pemimpin pakatan membuat kesalahan, yang bersalah adalah Umno/BN, mahkamah, pendakwaraya, SPRM, polis, dan SPR. Orang mereka hanyalah mangsa konspirasi.....rakyaat pun percaya....



Bagaimana pula dengan Exco "Gengster" yang kini menerajui Kerajaan Negeri Selangor? Itu pendedahan YB Azmin sendiri.....Apa yang beliau telah buat untuk mengatasi masalah ini? Dengan hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri? Rakyaat pun masih mempercayai beliau.....Semua kena jual....
Sebab itulah dikatakan "fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh". Membunuh hanya melibatkan orang-orang yang dibunuh, tetapi fitnah melibatkan hampir setiap rakyaat Malaysia malah mungkin satu dunia.....


2 comments:

  1. Aku setuju bebenor dengan Isaac, tulisan genius, BN akan menang besor di Bagan Pinang.

    Rasuah bukan jadi isu bagi pengundi Bagan Pinang. Jasa Isa di Teluk Kemang menjadi faktor kemenangan Isa. Isu rasuah hanya kecoh bagi orang luar bukan penduduk tempatan.

    Dengan pengalaman rasuah Isa dan 5000 undi pos, ISa akan menang bergaya.

    Tanpa rasuah UMNO dah lama jadi sejarah.

    ReplyDelete
  2. Azmin suka jaga tepi kain orang lain. Diri sendiri lupa yang sanggup membiarkan bini dia Shamsidar bagi Anwar main di Tivoli Bangsar. Sanggup jadi lelaki dayus kerana inginkan harta bertimbun-timbun. Azmin hypokrit bergambar berpelukan dengan Shamsidar, kalau orang lain dah rasa geli nak sentuh bini Shamsidar yang telah di bedal oelh bos sendiri. Lelaki sial sanggup biarkan bini main kayu tiga

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.