26 Oct 2009

Jika TG Nik Aziz Hanyalah "Puppet" - Siapa Pemainnya ?

Dipetik dari mStar Online
Isnin Oktober 26, 2009
ISU EGM PAS: Harun Taib suspek bukan Nik Aziz yang tulis
Oleh SIRA HABIBU



PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib percaya, bukan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang menulis di dalam laman blog beliau mengatakan supaya diadakan segera satu Muktamar Agung Luar Biasa (EGM) tetapi sebaliknya ia ditulis oleh seseorang yang kemudiannya mengirim posting tersebut ke laman blog berkenaan.


“Saya telah mengenali Tok Guru untuk satu jangkamasa yang panjang dan saya sangat arif dengan gaya tulisan beliau. Selepas membaca tulisan tersebut di laman blog Tok Guru saya percaya orang lain yang menulisnya bukan Tok Guru sendiri,” ujar beliau. Harun berkata, beliau masih belum berpeluang untuk menentukan tarikh pertemuannya dengan Nik Aziz untuk mencari punca kenyataan itu dibuat.



“Tapi yang pasti saya akan pergi untuk menemui Tok Guru sendiri,” katanya lagi. Harun tidak menolak kemungkinan ia adalah perbuatan sabotaj. “Saya tidak mahu menuduh sesiapa tanpa bukti tetapi saya percaya ada unsur-unsur dalaman dan luaran yang sedang menganggu-gugat PAS,’’ ujar beliau.




Menurut Perkara 6 (1) (b) Perlembagaan PAS, EGM hanya boleh dipanggil sama ada oleh presiden atau permintaan secara bertulis daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 37 anggota Jawatankuasa PAS Pusat atau satu pertiga daripada 170 PAS Kawasan.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, beliau percaya isu ini akan dapat diselesaikan secara rundingan antara keluarga kerana Nik Aziz bukanlah seorang yang sukar untuk dibawa berbincang.



“Perkara ini telahpun diselesaikan pada Muktamar yang lalu pada bulan Jun jadi saya percaya tentu ada salah faham di sana sini sehingga ia tercetus semula, ’’ kata Idris.

Komen Isac;


Dato' Harun Taib mungkin sengaja hendak "memberi muka" kepada TG Nik Aziz...Tak kan lah TG kita tu rela diperlakukan sebagai puppet...

Tetapi jika tiada orang yang mempengaruhi ataupun menjadikan dia "puppet" maka sahlah TG telah semakin "nyanyuk" dan sudah semakin kehilangan sentuhan politiknya.

Ataupun mungkin, sudah sampai masanya untuk Pas menukar Mursyidul Amnya.


1 comment:

  1. Saya begitu tertarik dengan statement " Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, beliau percaya isu ini akan dapat diselesaikan secara rundingan antara keluarga kerana Nik Aziz bukanlah seorang yang sukar untuk dibawa berbincang " . Setahu saya perbincangan hanya kapada puak2 kafir sahaja tetapi pada puak2 Islam sorrylah BEB...sebabnya ISLE dan ISLAM berbeza.......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.