27 Oct 2009

Berita Tergempar - 22 Murid Dikhuatiri Hilang Apabila Jambatan Gantung Sungai Kampar Runtuh !!!!

Terkini dari mStar Online
Selasa Oktober 27, 2009
Jambatan runtuh: Seorang lemas, dua masih hilang

KAMPAR: Seorang murid lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
Foto 1: Aktiviti Berkayak Memang Antara Aktiviti Yang Terkenal Di Sungai Kampar, Kerana Jeramnya Yang Agak Mencabar.

Sembilan belas lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang, selamat, kata polis. Mayat murid yeng lemas itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini berhampiran loji sungai terbabit. Murid itu dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof.

Kejadian malam tadi berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Menteri Pelajaran, tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.
Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.
Dipetik dari mStar Online
Selasa Oktober 27, 2009
22 murid dikhuatiri hilang apabila jambatan gantung runtuh




Foto 2: Inikah Titian Gantung Tersebut? Gambar Titian Gantung di Sungai Kampar ini, Penulis Ambil Dari Flicker Yahoo.




KAMPAR:Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kirakira 10.30 malam tadi.



Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.



Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.



Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang. Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan



Komen Isac;



Malang sememangnya tidak berbau. Takziah kepada mereka yang terlibat sehingga kehilangan orang yang tersayang. Doa penulis agar murid-murid yang hilan dapat dijumpai semula dalam keadaan selamat. Cuma penulis risau, keadaan sungai yang berjeram dan berarus deras mungkin akan menyebabkan jumlah korban yang besar.



Tentu pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran akan mengalami kesulitan untuk menenangkan ibubapa yang terlibat. Semoga peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua.





3 comments:

  1. salam bro...tadi aku ada terima e-mail pasal kejadian ni, aip gambar lagi...tapi pembangkang dah mula ambil kesempatan mengatakan program ini membawa bencana kepada rakyat malaysia...kononnya selepas kejadian ini, PR awal-awal lagi menghantar bantuan...tiada bantuan lain selain PR yang bagi...

    satu lagi, PR ada yang mula jadi batu api kepada mak bapak murid tersebut, supaya cakap cama-cama pasal kerajaan...

    pada akulah, kalau guru yang diperlukan kononnya seramai 42 orang, tapi yang datang hanya 15-18 orang saje, baki yang lain tiada pelepasan dari guru besar...

    kenapa PPD kinta tak batalkan saje program ni???dah tahu guru pengiring tak cukup, kenape diteruskan???

    adakah program tersebut ada unsur sabotaj sebab ramai guru tak dapat pelepasan untuk hadir ke program ni..pada aku, kalau murid dari sekolah yang sama hadir, mestilah guru pengiring ada jugak, kan??ni muridnya ramai,kenape guru pengiring tak cukup nisbah??

    jambatan gantung tu, kononnya bari 2 minggu dibina, kenapa jadi runtuh??adakah tidak ikut spesifikasi yang ditetapkan??sape yang bagi kelulusan stutus penggunaan jambatan tu???

    pendapat aku, bila ini terjadi, kerajaan perlu bertindak segera menjalankan siasatan kejadian ini...kontraktor yang diamanahkan bina jambatan ini, perlu disiasat...

    kalau ada unsur sabotaj program 1 Malaysia, kerajaan perlu ambil tindakan kat guru besar...
    kenape nisbah murid & guru tidak sepadan???

    PPD Kinta juga perlu disiasat, sebab kalau guru pengiring tak cukup, nape diteruskan program ini??

    sebelum pembangkang mencanang negetif program ini, kerajaan perlu tegakkan kebenaran ape yang terjadi...silap-silap siasatan diraja yang pembangkang akan canang...memang dah ditakdirkan ajal murid-murid ni, tapi sekurang-kurangnya, mereka mati dalam pembelaan yang sewajarnya...

    itulah komen saya...AJAL & MAUT ditangan tuhan...kena redha ape yang berlaku...moga roh mereka yang terlibat dalam trajedi ini dicuri rahmat....AMIN...

    ReplyDelete
  2. Saudara Hanizam, terimakasih kerana singgah blog kawan.

    Bukan mudah tugas guru...Tanggung-jawab besar.

    Titian gantung sudah pastilah tidak sekukuh "Jambatan Pulau Pinang", Jambatan Pulau Pinang kalau "over loaded" pun pasti boleh runtuh...

    Macam tuan kata jika guru pengiring cukup, pemantauan mungkin akan dapat dilakukan dengan lebih baik.

    Had pengunaan sesuatu jambatan gantung dalam sesuatu masa juga sepatutnya dinyatakan.

    ReplyDelete
  3. salam bro ISAC...

    memang tak dinafikan tugas guru memang berat & penuh dengan cabaran dalam mendidik & memajukan anak bangsa kita...bini aku pun guru gak...hampir setiap hari dia akan bercerita karenah murid & pentadbir sekolah...bagi aku, saje nak lepaskan tension dengan kerja yang ada...

    maksud aku sebelum ni, bukan nak cari salah siapa...benda dah berlaku...cuma aku & yang lain tertanya-tanya kenape program tu diteruskan jika nisbah guru pengiring & murid tak seperti yang ditetapkan??

    rugi ke PPD Kinta kalau ditangguhkan pada masa yang sesuai, kan elok?? program yang dirancang seperti tergesa-gesa...tahulah PPD nak habiskan peruntukan yang tinggal,(duit banyak lagi, tak tahu nak wat ape) nanti kalu tak habis, pegawai pelajaran daerah yang keja jawab dengan kementerian...

    satu lagi pandangan aku, rancangan belanjawan PPD mungkin tak ikut jadual yang ditetapkan, sebab tu nak buat program sebelum tutup sekolah...

    contoh terbaru, bini aku kena hadir (kalau diikutkan secara paksa) menghadiri kursus LADAP disekolahnya, sedangkan bilangan kursus tu dah sampai target untuk seseorang guru...alasan yang pentadbir bagi, PPD yang suruh buat sebab peruntukan banyak lagi tak digunakan...bila ada kursus, mintak sekolah "claim" balik segala perbelanjaan kursus kat PPD...jadi kat situ timbul satu persoalan, adakah Pegawai Pendidikan Daerah tak tahu buat kerja ke, goyang kaki ke?
    ada sekolah yang patut diberbaiki kemudahan yang sedia ada, kenape tak salurkan @ dibelanjakan??

    berbalik cerita utama, pembangkang dah mula cari salah kerajaan...jadi sebelum macam-macam andaian keluar, ada baiknya kerajaan tubuhkah lembaga siasatan tragedi ini...biar telus & keadilan buat waris simati dapat dibela...kakitangan kerajaan yang sabotaj @ tak tahu buat kerja perlu diambil tindakan keras...

    bonus nak, gaji nak, kerja malas...

    wassalam....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.