1 Nov 2009

Ezam Kata Wan Azizah Kena Jawab Soalan Tentang Moral DSAI. Jika Tidak DSAI Saman Badrul Hisham Abdullah RM 100 Juta?

Dipetik dari Utusan Malaysia Online
Isu Moral DSAI - Ezam cabar Wan Azizah
Oleh HERMAN
HAMIDpengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 30 Okt. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicabar menjawab persoalan moral yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti.


Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Noor berkata, Wan Azizah tidak boleh lagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mesti bertanggungjawab kepada ahli yang resah menanti penjelasan berhubung persoalan moral yang menyelubungi Anwar. Katanya, Wan Azizah harus sedar tindakan Anwar mengemukakan pelbagai permohonan hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kegusaran.




‘‘Betul, Wan Azizah sebagai isteri punya tanggungjawab kepada suami tetapi dia juga kena ingat yang dia adalah Presiden parti. ‘‘Dia patut bertanggungjawab kerana salah satu sebab Badrul tinggalkan PKR kerana persoalan moral termasuk meragui cara Anwar menangguhkan kes dakwaan liwatnya.

Komen Isac;

Mmmm kalau betul-betul tak bersalah, kenapa nak berdalih? Nanti kerana terlampau nak dapatkan "millage" politik, orang akan beranggapan bahawa DSAI, sememangnnya bersalah.

Jika betul-betul tak salah saman ajelah YB Badrul tu...RM 10 Juta ke? RM 100 Juta ke? Atau RM 1 Billion ke? Tapi....kalau betul-betul tak bersalah, saman orang tu biarlah sampai menang!

Biar sampai dapat duit!!! Biar sampai mahkamah putuskan YB Badrul tu bersalah kerana sengaja berniat hendak "menyalahkan" DSAI dalam kes liwat. Jangan pulak menyaman kerana sengaja nak menakut-nakutkan orang ataupun hanya untuk mendapat "millage" politik...

Masa hendak menyaman, pukul canang satu dunia!!! Bila tahu memang tak boleh menang kerana "sememangnya tiada kes" sengaja biarkan kes digugurkan atas "kesilapan teknikal" yang sengaja dibuat untuk menjaga malu!!!

Peguam-peguam yang sengaja buat macam tu tak ada etika ke? Ataupun paling tidak, tak ada maruah ke? Mentang-mentang dibayar, "client is always right"??? Majlis Peguam harus buat sesuatu, jangan sampai rakyaat kata Majlis Peguam hanya sekumpulan badut circus....

4 comments:

  1. Salam bro, mampukah Wan Azizah menentang kemungkaran Anwar seiring dengan ketaatan kepada suami ?

    Demi kerana kepentingan parti, kuasa dan jawatan Wan Azizah lebih rela bersubahat dengan segala kemungkaran Anwar, itulah perjuangan pemimpin-pemimpin Melayau dalam PKR....

    ReplyDelete
  2. terus dedahkan semau kemungkaran dsai supaya anak bangsa melayu faham dan celim bhawa bukan semua yg "pandai berceramah" tu punya niat yg ikhlas kearah membina bnagsa dn memartabatkn agama..

    ReplyDelete
  3. Ezam dah terang lagi bersuluh tuduh si jubo tua Anwar dan keluarga dia penkhianat bangsa.
    Masa dah dekat sangat menentukan nasib untung nasib keluarga kau cifut babi....
    Kenapa tak nak saman Ezam...Pelik aku

    ReplyDelete
  4. Ezam dah terang lagi bersuluh tuduh si jubo tua Anwar dan keluarga dia penkhianat bangsa.
    Masa dah dekat sangat menentukan nasib untung nasib keluarga kau cifut babi....
    Kenapa tak nak saman Ezam...Pelik aku

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.