31 Oct 2009

Dr. MAZA Akan Menganggotai Pas? Untuk Menggantikan TG Nik Aziz Sebagai Mursyidul Am?

Dipetik dari mStar
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/10/30/mstar_berita/20091030170152&sec=mstar_berita
Jumaat Oktober 30, 2009
Dr Asri akan sertai parti politik?
Oleh ZIEMAN




Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini.Foto ihsan laman blog drmaza, Minda Tajdid.






PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.



Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan. Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (http://www.drmaza.com/).




Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama. Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.



Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.



Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini. Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.
"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.



"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.


Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut."Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.
Komen Isac;
Secara peribadi penulis lebih suka jika Dr MAZA bergabung dengan Umno. Walaupun penulis tidak pernah menjadi ahli Umno dan sebaliknya pernah menjadi ahli pembangkang itu soal lain....Tetapi yang penting Melayu/Islam perlu bersatu!!!
Penulis berharap Umno dapat diperkukuhkan. Harapan penulis agar semua ahli, pemimpin-pemimpin Umno dan penyokong-penyokongnya dapat mengembalikan semula semangat Umno seperti mana semua orang Melayu bersatu menentang penubuhan Malayan Union. Jika ada pemimpin-pemimpin luar yang dilihat dapat mempertingkatkan kekuatan parti terimalah mereka dengan ikhlas dan berlapang dada serta rela kehilangan jawatan dan kuasa demi kepada mereka yang lebih layak dan perpaduan.

1 comment:

  1. Dr. MAZA: Tuan Dihormati dan diminati oleh ramai orang. Tuan punya banyak kesempatan yang luas terbentang dan terbuka. Terpulang kepada Tuan untuk duduk di mana dan di takok mana; nak mainkan peranan sebagai siapa. Pemandu, Pengkritik, Pembina atau Pelaksana.

    Hamba cuma cuba melontar satu cetusan mudah. Lain lain Dr. tentu lebih tahu dan faham. Cuma sesuatu itu ada semasa kita masih ada upaya. Wallahhuaalam.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.