28 Sept 2009

Semangat Hari Raya Aidil Fitri ??? Kemana Haluannya???

Ahad September 27, 2009
Khairy: Pemuda Umno masih bersikap terbuka temui Pemuda PAS
Oleh G. MANIMARAN

Dipetik dari mStar Online



SEMANGAT AIDILFITRI... Kunjungan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Mahkota dekat Nilai petang Ahad telah mencuri perhatian pelbagai pihak. Khairy berkata, beliau hadir menerima jemputan Nasharudin atas semangat Aidilfitri. Khairy (tengah) berbual mesra ketika disambut oleh Nasharudin (kanan). Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani (paling kiri) dan Bendahari Pemuda Umno, Datuk Rozabil Abd. Rahman (dua dari kiri). Pemimpin DAP antaranya, Lim Kit Siang juga hadir

NILAI: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin masih bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS berhubung apa jua perkara yang menyentuh kepentingan bersama-sama pergerakan muda kedua-dua parti itu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Rembau ini meminta "jangan ada apa-apa perasaan syak-wasangka antara Pemuda PAS dan Pemuda Umno."
Beliau juga melahirkan harapan agar Pemuda PAS juga akan mempamerkan sikap terbuka dalam hal ini.

"Saya pun ada bincang sedikit tentang hala tuju bersama dengan (Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani, hari ini), bukan kita hendakkan hubungan yang formal.

KomenIsac;
Mmmm....baguslah kalau macam tu....Sempena hari baik dan bulan baik ni elok untuk kita bermaaf-maafan. Mana tahu Allah s.w.t akan bukakan pintu-pintu hati kita untuk bersatu.
Cuma sayangnya....Kedua-dua tokoh ini sudah kelihatan kurang "bisanya" dikalangan parti-parti politik yang mereka wakili.
Imej KJ telah tercalar dek "politik wang" dan "monopoli" syarikat-syarikat milik/ada kaitan dengannya di zaman Tun Abdullah menjadi PM sementara Ustaz Nasha pula imejnya tercalar dek isu "kerajaan perpaduan" sehingga pernah diusulkan supaya keluar parti oleh TGNA.
Tetapi dalam politik semuanya tidak mustahil....Politikus yang berkarisma mampu menukar keadaan terdesak kepada yang sebaliknya. Malah Tun Dr. Mahathir sendiri pernah dilucutkan keahlian Umno tetapi sebaliknya beliau kembali semula ke pangkuan parti sehingga menjawat jawatan tertinggi dan menjadi PM yang paling lama memimpin negara.
Tetapi dalam politik juga ada banyak halangan-halangan yang perlu dihadapi malah terdapat juga halangan dari dalam, iaitu di kalangan rakan-rakan separti sendiri. Seperti KJ yang dilihat mendapat tentangan dari kalangan ahli Umno sendiri, ustaz Nasha juga sudah tentu tidak terkecuali. Geng "Erdogan" yang diketuai oleh Husam Musa sudah pasti tidak akan berdiam diri apabila mereka dikalahkan dalam pemilihan parti tempohari.
Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin....Selain perlu menumbangkan musuh-musuh politik di luar parti, musuh-musuh di dalam parti juga perlu ditangani.
Inilah juga diantara sebabnya mengapa umat Islam tidak pernah bersatu...Menurut sejarah, kerajaan Islam hanya mampu bersatu dibawah Khalifah Abu Bakar dan Omar r.a. sahaja. Lainnya semua gagal untuk mengekalkan kuasa dan penyatuan umat. Sebabnya, kerana ramai pemimpin-pemimpin yang mengutamakan perut dan kuasa. Menjadi gunting dalam lipatan yang bersedia untuk menggadaikan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
Dalam kita menyeru Umno dan Pas untuk bersatu, Umno sendiri masih berpecah... Tugas berat menunggu kita sebenarnya, jika kita benar-benar ikhlas mahu orang Melayu/Islam bersatu, Umno mesti disatukan dahulu. Dahulu Umno adalah tulang belakang perjuangan menentang Malayan Union dan kemerdekaan negara. Jika Umno lemah dan terus berpecah-belah siapakah yang akan memperjuangkan orang Melayu/Islam serta kepentingan negara dalam konteks yang lebih besar?
PKR ? DAP ? PAS ? Jawablah dengan ikhlas....Jawapannya bukan untuk diri saya tetapi jika jawapan anda salah...Bahananya akan ditanggung oleh generasi yang akan datang...
Mampukah negara dan bangsa Melayu/Islam dijajah selama 500 tahun lagi? Akan merdekakah tanahair ini selepas itu nanti? Akan ada lagikah Melayu selepas itu? Akan terbelakah Islam tanpa Melayu?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.