28 Sept 2009

Bersyukurlah......

Isnin September 28, 2009
Dipetik dari mStar Online

Link; http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/9/28/mstar_berita/20090928131151&sec=mstar_berita


SESAK... Keadaan di plaza tol Lebuh Raya Cheras menghala ke Petaling Jaya sesak setelah warga kota kembali bekerja selepas bercuti selama seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu. Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini. --fotoBERNAMA
Hari terakhir Ops Sikap 20: Korban meningkat 261 kes
KUALA LUMPUR: Korban jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap ke-20 yang berakhir semalam berjumlah 261 orang sejak ia dilancarkan 13 Sept lepas.


Jumlah kematian yang dicatatkan itu bertambah berbanding Ops Sikap ke-17, yang diadakan sempena perayaan Aidilfitri tahun lepas, yang melaporkan 208 kematian.


Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata pada hari terakhir Ops Sikap ke-20 semalam, sebanyak 23 kematian direkodkan.


Pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai korban dengan 12 kematian, diikuti lapan pengguna kereta dan tiga melibatkan pejalan kaki, katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Daripada 931 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 388 kes, diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (152), lebuh raya (68) dan jalan-jalan lain (39 kes).


Dalam operasi semalam, sebanyak 9,826 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.


Ops Sikap ke-20 diadakan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. Ia membabitkan kira-kira 2,000 penguatkuasa termasuk polis, bomba dan ambulans. BERNAMA

Komen Isac;

Bersyukurlah kerana setidak-tidaknya kita tidak termasuk di dalam statistik kematian/kemalangan tersebut. Juga kita tidak terperangkap di dalam kesesakkan di atas. Yang terperangkap bersabarlah, kerana sabar itu sebahagian dari Iman. :)

2 comments:

  1. Salam, kekadang kita heran melihat sikap sesetengah pengguna-pengguna jalan raya yang tidak bersopan di Malaysia, apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran mereka ya......

    Mari kita lihat perbezaannya ;

    Di Indonesia, korban j/raya musim perayaan mencapai 500 lebih nyawa dari jumlah penduduknya lebih 200 juta. Di Malaysia, korban perayaan meningkat 261 kes dari jumlah l3bih 20 juta penduduk.....

    Perbezaan jalan-jalan raya di Malaysia jauh lebih baik dari Indonesia, tetapi mereka dapat mengurangkan kes kemalangan. Agaknyalah, kerajaan tidak perlu menyediakan jalan-jalan yang besar, cantik dan lurus supaya pengguna di Malaysia lebih berhati-hati di jalan raya....

    ReplyDelete
  2. Betul agaknya saudara, jika jalan X bagus & penug dengan lubang2 orang X bawak laju2.

    Lagi satu kalau ekonomi X bagus orang pun X mampu beli kenderaan. X bawak laju2...X lah mati...:)

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.