7 Sept 2009

"Pakatan Rakyaat" - Kerajaan Yang "Cakap Tak Serupa Bikin"

Dipetik dari Malaysiakini
PM: K'jaan Pakatan mula dipersoal rakyat
Sep 6, 09 6:26pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir.Menurutnya, jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan BN, kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum."Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan BN, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya."Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang.
Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majlis dialog bersama penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang berlangsung dalam suasana kecoh semalam. Najib berkata apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menghadapi pelbagai masalah dan mereka gagal menangani sesuatu isu yang berlaku."Kewibawaan kerajaan pembangkang di negeri yang mereka kuasai sudah dipersoalkan rakyat sendiri.


Berita penuh sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/112252



Komen Isac;


Sepanjang 17 bulan pemerintahan Pakatan Pembangkang ini terutamanya di negeri Selangor telah banyak membuka pekong mereka.


Kini rakyaat telah semakin sedar bahawa pemimpin-pemimpin "pilihan" mereka yang selama ini begitu pandai memenangi hati rakyaat dengan pidato-pidato retorik berapi-api mereka yang mengkritik dan menemplak kerajaan Umno/BN, sebenarnya hanya tahu menunding jari menyalahkan orang lain. Ibarat "Tong Kosong".
Apabila mereka telah mendapat peluang untuk memerintah di beberapa buah kerajaan negeri, prestasi mereka dilihat begitu hambar malah jauh lebih buruk dari kerajaan yang terdahulu.
Semakin lama mereka memerintah semakin banyak pekong mereka yang diketahui umum. Nantikan kupasan-kupasan pekong-pekong mereka diposting-posting yang akan datang.




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.