5 Sept 2009

Kuil Hindu Ke Seksyen 23 Shah Alam - Apa Baik/Lebihnya Pakatan Pembangkang Dibandingkan Dengan Umno/BN?????

Dipetik dari Malaysiakini
Majlis dialog isu kuil di Shah Alam kecoh
Jimadie Shah Othman Sep 5, 09 10:58am



Foto:Gambar hiasan, inikah bentuk senibena kuil Seksyen 23, Shah Alam?



Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.



Foto: Ataupun inikah bentuk senibena kuil Seksyen 23, Shah Alam Nanti di atas Tanah yang telah diwakafkan oleh penduduk-penduduk Sek 23?


Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ. Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk. Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalau keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23. Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan. Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut. Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka. Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu. Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

Komen Isac;


Orang dah mengamuk baru nak dibagi taklimat.....Ingat apa, mentang-mentang depa memerintah negeri ni, depa boleh buat negeri ni macam mak/bapak dia orang yang punya????
Apalah salahnya kalau berbincang dulu, bukan tak bagi nak buat kuil ke, gereja ke, wat ke, tokong ke atau apa-apa lagi ke....Tapi tengoklah kesesuaian lokasinya. Kawasan penduduk Melayu 80%, yang dibuatnya kuil hindu tu apa hal? Ini lah Pakatan Pembangkang yang kononnya "pandai", menjaga kepentingan rakyaat, dan bla...bla...bla...
Dah tu bincang pun tak mahu. Setahu sayalah, mana ada dalam "building by law" kerajaan tempatan kena sediakan tapak tanah untuk rumah-rumah ibadat selain daripada untuk buat Masjid. Walaupun bagi kes ini ianya untuk tujuan pengalihan, tetapi mengapa perlu tapak rezab masjid yang menjadi sasarannya. Bukan ke rezab masjid selalunya besar? Raya Hindulah macam ni....
Dari sudut lain penduduk-penduduk Melayu di Seksyen 23, Shah Alam ni sebenarnya "membiayai" tapak tanah kuil tersebut. Sudah tentu pihak pemaju sebenarnya telah mengagih-agihkan kos tanah tapak rezab masjid tersebut kepada pembeli-pembeli rumah di Seksyen 23.
Maksudnya penduduk-penduduk di sana membuat amal jariah menanggung kos rezab tapak masjid yang kini telah ditukarkan kepada tapak kuil hindu....Dapat pahala jugak ke? Khalid & Khalid sila jawab. Dah macam mubaligh hindu pulak dia orang ni punya sumbangan....
Apa kata kalau kuil hindu tu dialihkan sahaja bersebelahan rumah Tan Sri Khalid Ibrahim ataupun rumah YB Khalid Samad? Menarik jugak tu...
Jika pembinaan kuil tersebut di sana sudah tidak dapat dielakkan seperti mana perobohan "Kampung Buah Pala" janganlah pulak nanti kuil hidu di Seksyen 23 itu meniru bentuk sinabina kuil Khajuraho, di Utar Predesh, India yang penuh dengan patung-patung manusia yang sedang melakukan berbagai-bagai "aksi/teknik berhubungan seks" sudah lah Labu.....
Kawan tak sanggup nak masukkan gambar-gambar tu kat sini, sesiapa yang berminat bolehlah lihat sendiri di link berikut;

Soalan Isac, apa lebihnya Pakatan Pembangkang ini jika nak dibandingkan dengan pemerintahaan Umno/BN ? Rasanya lagi teruk ada....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.