5 Aug 2009

Klip Video SPRM Mendera "Beng Hock" Sebelum Mendiang Dijumpai Mati - Suatu Lagi Fitnah Pembangkang?





SPRM sekali lagi cuba dikaitkan dengan isu "pembunuhan" mendiang Teoh Beng Hock oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab dan sengaja mahu menangguk di air yang keruh. Kali ini clip video seorang lelaki yang sedang "disoal-siasat" dan dipukul bertubi-tubi dimuat-turunkan ke "utube" untuk mengelirukan orang ramai.

Penulis telah melihat klip video berkenaan dan berikut adalah antara pemerhatian dan pemahaman penulis terhadap klip video berkenaan dan hubung kaitnya dengan mendiang Teoh Beng Hock;


1)Link clip video berkenaan; http://www.youtube.com/watch?v=4O74PK4sowY


2)Gambar klip video tersebut kurang jelas kerana kualitinya yang kurang baik, membuatkan muka "pesalah" yang disoal-siasat tidak berapa jelas dan payah untuk mengenali siapakah beliau sebenarnya.


3)Untuk rekod mendiang Teoh Beng Hock memakai kemeja biru, berseluar putih dan berkasut hitam ketika sampai di bangunan SPRM.



4)Untuk rekod juga, semasa mayat mendiang Teoh Beng Hock dijumpai, beliau masih mengenakan kemeja biru, berseluar putih dan berkasut hitam.



5)Walau bagaimanapun lelaki yang disoal-siasat di dalam klip video tersebut sebaliknya dilihat memakai kemeja putih, berseluar hitam dan berkasut cokelat.


6)Pakaian orang-orang yang memukul lelaki yang sedang disoal-siasat tersebut juga lebih mirip uniform pengawal keselamatan. Uniform SPRM adalah seperti gambar dibawah.





7)Jika anda dengarkan betul-betul percakapan lelaki-lelaki (yang dipercayai sebagai pengawal keselamatan tersebut) ketika menyoal-siasat dan memukul "pesalah" mereka ada beberapa kali mengatakan bahawa "pesalah" tersebut telah mengganggu "isteri orang".


Saya kira analisis dan permerhatian saya ini akan dapat membantu anda membuat penelitian dan penilaian sendiri. Yang pentingnya di sini bukti-bukti tersebut telah membuktikan bahawasanya SPRM sekali lagi telah difitnah dan dijatuhkan hukuman sebagai "bersalah" membunuh mendiang Teoh beng Hock walaupun penyiasatan dan Inques sedang berjalan.


Bila manusia lebih percayakan kepada fitnah dan perspektif (apa yang mereka tanamkan dipemikiran mereka) inilah jadinya. Ianya akan memudahkan mereka yang tidak bertanggung-jawab maupun pengkhianat untuk melaga-lagakan dan memperbodoh-bodohkan kita.


Penulis berharap pihak polis akan menyasat siapakah dalang yang menyebarkan fitnah ini dan akan membawa mereka ke muka pengadilan. Bagi penulis kita akan mudah ditipu jika kita suka menyangka buruk terhadap orang lain dan itulah yang disemai dan dibaja oleh pihak pembangkang di pemikiran rakyaat Malaysia terutamanya sejak tahun 1998. Kerana dek hasutan jahat pengkhianat itu juga negarawan ulung Tun Mahathir Muhammad berundur dari menerajui negara ini dan ramai di antara kita yang bertepuk tangan.


Wahai bangsaku sedarlah sebelum terlambat!!!!!


9 comments:

  1. ni video biasa jer laa.. bukan video teoh atau apa2 pun yg berkaitan dengan beliau.. Pembangkang putar belit sebab nak alihkan perhatian org terhadap blog TBH tu.

    ReplyDelete
  2. Salam SS, tepat sekali.

    Walaubagaimanapun, penerangan dan bukti2 perlu disampaikan kepada rakyaat agar mereka tidak terpedaya.

    Bagi penyokong "tegar" Pakatan Rakyaat, memang susah hendak menyedarkan mereka. Mereka ini ibarat penagih dadah tegar yang berapa kali dimasukkan ke pusat pemulihan pun mereka akan tetap kembali ke lembah yang hina.

    Maklumlah...mereka ini telah dimomokkan dengan "teori konspirasi" sejak 1998 lagi...Sehinggakan "konspirasi"/penipuan yang mereka buat sendiripun, mereka percaya bahawa benda itu adalah betul.

    Dah gila agaknya mereka ni....

    ReplyDelete
  3. JADI MARI KITA LABELKAN MEREKA SEBAGAI OKB... KAHKAHKAH! ORANG KURANG BIJAK

    ReplyDelete
  4. http://pkrpasdap.blogspot.com

    dia kena liwat kat anwar ibrahim sebelum dibunuh. kes nie lagi besar

    ReplyDelete
  5. Isac,
    Satu analisis yang tepat. Syabas kerana prihatin terhadap fakta.

    ReplyDelete
  6. Tak lama riwayat PR ni kalau asyik memfitnah dan menipu rakyat.

    ReplyDelete
  7. Salam isac,,
    Tq atas analisis ini..memang satu tindakan yg cekap dan tepat. Sekurang2 nye ada gak jawapan utk menjawap putar belit puak-puak OKB ni. Nmpk sgt puak2 OKB ni tk leh nk pegang M'sia. Bukan senang nak putar belit kebenaran. Akhirnya leher sendiri yg terbelit.. kekkekekekekeke

    ReplyDelete
  8. Soalnya di sini, tak kira siapakah yang sedang di siasat dalam video tersebut, adakah wajar penyiasat berkelakuan demikian.

    ReplyDelete
  9. Anda betul "yes".

    Tetapi jangan campur-adukkan persoalan. Itu Pengawal Keselamatan/Pak Guard entah mana2 "shopping complex".

    Di Malaysia seingat kawan, masih belum ada akademi "Pengawal Keselamatan". Mereka ini samada di ambil dari bekas polis, askar maupun langsung tiada latar belakang apa2 latihan.

    Ada suatu kes di Johor dulu, pengawal keselamatan TNB merogol & membunuh kanak2 perempuan di pondok jaga, rupa2nya pengawal tersebut mempunyai rekod jenayah lampau, dan memohon kerja menggunakan identiti orang lain.

    Kita tangani sesuatu isu demi isu bukan pakai tangkap muat semuanya.

    Semua pasti bersetuju memang cara soal-siasat tersebut salah dan keterlaluan. Tetapi janganlah sampai ianya diandaikan SPRM yang mempunyai pusat latihannya sendiri untuk mengrekrut dan melatih anggota2nya juga berkelakuan sedemikian.

    Itu fitnah namanya!!!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.