4 Aug 2009

H1N1 Telah Meragut Korban Yang Kelapan - Tetapi Pakatan Rakyaat Masih Lagi Berpeluk Tubuh Dan Sebaliknya Mendedahkan Rakyaat Untuk Dijangkiti?




Dipetik dari Malaysiakini
Ogos 3, 09 11:17am

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban lapan, membabitkan seorang guru yang berusia 51 tahun dari Kuala Selangor. Guru berkenaan meninggal dunia semalam. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mangsa yang mengalami radang paru-paru yang teruk akibat H1N1, meninggalkan dunia jam 11 malam tadi.Mangsa pada mulanya mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 27 Julai dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Julai. Mangsa semakin teruk dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Seremban semalam.

SEBUAH pacuan empat roda Jabatan Kesihatan Johor Baharu memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Kenanga, Tampoi, Johor hari ini bagi melakukan pemeriksaan setelah seorang pelajar lelaki sekolah itu meninggal dunia semalam akibat penyakit Influenza A (H1N1) atau selsema babi. Semalam, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, murid darjah enam sekolah itu meninggal dunia kira-kira 8 pagi, selepas tiga hari mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini. - foto BERNAMA (DIPETIK DARI mStar Online)

Korban ketujuh Influenza A (H1N1) - seorang ibu yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu - juga meninggal dunia semalam. Wanita berusia 24 tahun itu adalah dari Miri. Bagaimanapun, anaknya dilaporkan selamat. Wanita tersebut meninggal dunia jam 4 pagi ini di Hospital Umum Miri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, ia merupakan kes kematian influenza A (H1N1) yang pertama di Sarawak.Dr Chan yang juga pengerusi jawatankuasa bencana dan bertindak negeri berkata wanita terbabit disahkan positif H1N1 pada 17 Julai lalu, lapor Bernama.

"Wanita yang baru sahaja melahirkan anak pada 20 Julai lalu disahkan meninggal dunia jam 4 pagi ini bagaimanapun keadaan anaknya stabil," katanya kepada pemberita hari ini.Dr Chan berkata, setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import dan orang ramai dinasihati agar lebih mengutamakan tahap kebersihan masing-masing.Katanya setakat ini masih terdapat lima sekolah di Sarawak diarahkan tutup selain empat institut pengajian tinggi awam.Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, 17 kes baru dilaporkan - semuanya merupakan jangkitan tempatan.
Komen Isac;
Sehingga ke hari ini setelah wabak H1N1 telah meragut 8 nyawa, Pakatan Rakyaat masih dilihat tidak memperdulikan nasib rakyaat Malaysia.
Demonstrasi pada hari Sabtu yang lalu sebenarnya juga tidak perlu kerana akta ISA akan diperbahaskan di Dewan Rakyaat dalam sidang yang akan datang.
Mengumpulkan rakyaat berdemonstrasi sehingga 20,000 orang walaupun sasaran asalnya 100,000 orang sebenarnya (gagal dicapai) hanya mendedahkan peserta-peserta demonstrasi tersebut untuk dijangkiti wabak H1N1 ini.
Apa faedahnya demonstrasi anti ISA tersebut kepada rakyaat Malaysia? Sehinggakan risiko penularan wabak H1N1 langsung tidak diambil kira? Adakah "political millage" lebih penting dari nyawa mereka? Sudahlah tiada tindakan dan saranan yang mereka usahakan di dalam membantu kerajaan untuk membendung wabak ini, bahkan usaha dan tindakan mereka boleh membawa kepada mudarat yang lebih besar.
Bagaimana nanti jika ada di antara 20,000 orang penunjuk-penunjuk perasaan ini yang menjadi korban terbaru wabak H1N1 ini? Siapakah yang akan bertanggung jawab? Adakah kerajaan Barisan Nasional juga yang akan dipersalahkan? Kepada mereka yang menyertai demonstrasi ini dengan niat untuk "suka-suka", "sendiri mau ingatlah". Adakah risiko yang anda ambil itu berbaloi?
Kepada penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyaat yang mengikuti demonstrasi ini pula, apakah pengaruh akta ISA ini kepada hidup anda? Jika anda menjadi korban wabak H1N1 yang seterusnya gara-gara mengikuti demonstrasi ini, siapakah yang akan menyara keluarga anda?
Dalam keluaran yang lepas penulis ada menyelitkan sekiranya kita menurut unjuran WHO, wabak H1N1 ini boleh memakan angka korban sehingga 28,000 orang di negara ini. Jestru itu perhimpunan-perhimpunan yang berisiko seperti demonstrasi anti ISA Sabtu lalu sebenarnya patut dielakkan jika Pakatan Rakyaat benar-benar mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia terutamanya penyokong-penyokong mereka sendiri kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu akan hanya meningkatkan jumlah korban wabak tersebut.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.