29 Aug 2009

Inkues Teoh - Peguambela (Pembangkang) Kangaroo/Syaitan ?


Dipetik dari mStar Online
Jumaat Ogos 28, 2009
Saksi nafi Teoh diserang fizikal, mental

SHAH ALAM: Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Ashraf Mohd. Yunus menolak teori peguam Gobind Singh Deo bahawa dua pegawai suruhanjaya diarah melakukan serangan psikologi dan penderaan terhadap Teoh Beng Hock untuk membuat setiausaha politik exco Selangor itu mengalah dan memberikan pengakuan seperti yang dikehendaki SPRM.

Ashraf, saksi ke-19 pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini hari ini, turut menafikan dakwaan Gobind bahawa serangan fizikal dan mental terhadap Teoh berlarutan sehingga lewat pagi di pejabat SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam di sini, sebelum beliau ditemui mati tertiarap di Tingkat 5 bangunan itu pada 16 Julai lepas.

Dalam keterangannya, Ashraf berkata, beliau diarahkan oleh Ketua Unit Siasatan SPRM Hairul Ilham Hamzah untuk membantu penolong penguasa Arman Alias menemu bual Teoh berhubung tuntutan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ean Yong Hian Wah.

"Saya hanya menyemak dan menyusun dokumen yang dicetak dari komputer riba Teoh dan bertanyakan dokumen mana yang ditandatangani olehnya," katanya.

Ashraf berkata, beliau dan Arman menemu bual Teoh di pejabat SPRM selama dua jam mulai 10.40 malam pada 15 Julai lepas.

Beliau berkata, walaupun Teoh gagal memberikan penjelasan berhubung empat invois yang dicetak dari komputer ribanya, Teoh masih memberikan kerjasama sepanjang tempoh temu bual itu.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah menggunakan sebarang unsur kekerasan ke atas Teoh, beliau berkata, "saya hanya buat semakan dokumen sahaja, buat apa hendak guna kekerasan."

Gobind kemudian membalas: "Saya katakan kepada kamu, peranan kamu sebenarnya ialah untuk melakukan serangan psikologi dan mendera Teoh sehingga kamu dapat jawapan yang kamu hendak.

"Kemudian kamu akan melaporkan kepada Hairul bahawa kamu berjaya mendapatkan pengakuannya dan bolehlah merekodkan kenyataan Teoh selepas itu," cadang Gobind kepada Ashraf.

"Kamu adalah penipu kerana apa yang berlaku sebenarnya kamu berada dalam pejabat sehingga pukul 5 pagi dan mendera Teoh Beng Hock," kata Gobind dan Ashraf menjawab: "Tidak bersetuju."

Ashraf juga berkata beliau tidak mendengar sebarang bunyi jeritan atau bunyi pertengkaran kerana berada di dalam biliknya yang tertutup.

"Awak langsung tidak boleh mendengar apa-apa? Semalam dikatakan Bulkini Baharuddin (anggota SPRM) mendengar Teoh bertengkar dengan Tan Boon Hwa. Sekarang kamu kata kamu tidak dengar apa-apa. Siapa yang menipu di sini, kamu atau Bulkini? Saya katakan semua ini penipuan," kata Gobind.

Pada peringkat ini, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa bangun membantah soalan itu dan berkata: "Jangan buat begini. Bulkini pun belum berikan keterangan."

"Keterangan sebelum ini menunjukkan pertengkaran dalam tandas, bukan di depan bilik saksi ini, sebab itu dia tidak dengar apaapa," kata Abdul Razak.

Gobind: "Kenapa kamu pula jawab untuk dia? Kalau kamu hendak jawab, masuk dalam kandang, saya boleh tanya kamu."

Abdul Razak: "Kamu pun buat banyak tohmahan, saya pun boleh minta kamu masuk dalam (kandang saksi) dan tanya kamu. You crossed him like hell!"

Gobind: "Hari itu mahkamah kanggaru, sekarang "hell" pula!"
Abdul Razak: "Awaklah sebenarnya kanggaru!"


Juga lihat ini;


Lagi dipetik dari mStar Online
Jumaat Ogos 28, 2009
Inkues Teoh: Peguam bakal dedah bukti SPRM dera saksi

SHAH ALAM: Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata, beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Berita penuh rujuk link: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/28/mstar_berita/20090828141420&sec=mstar_berita



Komen Isac;

Peguambela-peguambela yang selalu memutar-belitkan fakta untuk melepaskan "anak guaman"nya yang bersalah dengan berbagai teknik menyerang saksi pendakwa, bolehlah disamakan dengan peguam "kangaroo" atau lebih teruk lagi sebagai peguam "syaitan". Mereka ini mencemarkan imej peguam dan patut ditarik balik lesen guaman mereka!!!

Buktinya dalam Inkues Teoh, peguambela-peguambela seboleh-bolehnya medesak agar sepucuk surat layang diterima oleh pihak mahkamah sebagai bukti, rakaman audio soal-siasat yang boleh menilai keadaan emosi Teoh mereka bantah dan mohon supaya ditolak, menyerang saksi SPRM dengan berbagai hipotesis liar dan tidak bertanggung jawab, membuat kenyataan akhbar mengenai kes yang sedang di siasat di luar mahkamah, bukti invois palsu 7 lagi syarikat didesak supaya dipadamkan dari rekod (diterima mahkamah) atas alasan kebenaran untuk mengemukakan bukti hanya diperolehi untuk 4 syarikat sahaja dan mahu kononnya akan mengemukakan bukti bahawa SPRM sememangnya mendera suspek.

Jika dilihat perkara-perkara di atas kita akan dapati sebenarnya peguambela-peguambela ini (dari pembangkang) sebenarnya cuba untuk mempertahankan kepentingan "politik" mereka dan bukannya mahu mencari punca sebenar kematian mendiang Teoh.

Ini dapat difahami kerana dengan menuduh kematian mendiang Teoh adalah di atas angkara SPRM, arahan oleh kerajaan BN, ini akan memberikan kelebihan politik buat mereka, yang pastinya akan mendapat sokongan serta simpati rakyaat.

Isu terbaru, mereka ingin membawa saksi-saksi dan laporan polis yang dibuat terhadap SPRM kononya ada saksi-saksi yang telah didera secara fizikal dan mental. Aloooo..."ane"...mau tipu ka? Ini macam cerita keterangan bersumpah "Bala" ke? (Kes Alantunya). "Saya dengar "sipolan" cakap dia bla..bla......". Sendiri tak nampak nak tuduh orang.

Berkenaan mereka mahu membawa suspek yang kononya "didera" oleh SPRM sebagai saksi, bagi penulis ianya sukar untuk dibuktikan melainkan, tubuh badan "mangsa" diambil gambar sebelum soal-siasat dijalankan dan sebaik selesai soal-siasat sekali lagi foto tubuh suspek dirakam. Ianya adalah untuk dibuat perbandingan. Tanpa perbandingan ini ditakuti kecerderaan tersebut sengaja diada-adakan sendiri oleh suspek.

Pada fikiran penulis adalah perlu rakaman video diambil sepanjang suspek berada di bilik soal-siasat untuk mengelakkan suspek mencederakan diri mereka sendiri. Masih ingat sensasi "Black Eye" Dato' Seri Anwar Ibrahim? Jika rakaman video sentiasa dibuat semasa beliau berada dibilik tahanan tanpa pengetahuannya, provokasi seperti itu pasti dapat diterangkan dan menjadi bukti buat tatapan rakyaat Malaysia dan imej Polis Diraja Malaysia dan kerajaan BN pastinya tidak tercalar...

Jadi kenalilah peguambela kangaroo dan syaitan ini, jangan terus percaya apa yang mereka katakan....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.