21 Jul 2009

Pembangkang Anjur Perhimpunan '"Menjadi polis. pendakwaraya, juri, hakim dan menjatuhkan hukuman serentak"

"Ketua Polis Negara", "Pendakwaraya", "Juri dan "Hakim" Datuk Seri Anwar Ibrahim (semua orang yang sama)...dah putuskan ini satu lagi bukti jenayah atas arahan UMNO/BN.
Dipetik dari Agenda Daily
Julai 20, 2009 : 06.42 AM--->

Pembangkang terus berusaha untuk membakar ‘kemarahan’ orang ramai berkaitan dengan kematian Teo Beng Hock, bekas pembantu Exco Selangor yang dijumpai mati dipercayai jatuh di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM. Petang Ahad, pakatan pembangkang menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya bagi membolehkan para pemimpin mereka ‘menyerang’ kerajaan berhubung dengan isu berkenaan. Dalam stadium berkenaan, kain rentang ‘Keadilan Untuk Beng Hock’ banyak digantung d samping sepanduk “MACC murderer” , "dari kematian demokrasi ke kematian teo beng hock – siapa pembunuh” dan "Najib Jawab".

Walaupun siasatan polis masih dijalankan, nampun perhimpunan tersebut jelas sudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menuduh SPRM bertanggungjawab. Hampir semua pemimpin yang berucap mengulangi perkara yang sama. Masing-masing bertindak menjadi juri dan hakim dan seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman SPRM bersalah sebagai pembunuh. Selain itu, nama Datuk Khir Toyo, Datuk Ahmad Said dan Tan Sri Musa Hassan seringkali disebut, sementara isu seperti PKFZ, Kugan, Altantuya juga dijadikan modal ucapan. Menurut penganjur, perhimpunan itu bertujuan untuk mengumpulkan 10,000 tandatangan bagi membolehkan pakatan pembangkang menghantar petisyen kepada kerajaan menuntut tiga perkara iaitu mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, mendesak Pengarah SPRM meletakkan jawatan dan menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz memohon maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan dengan andaian Beng Hock mati kerana terjatuh sendiri.

Pada perhimpunan berkenaan, hasrat untuk mendapatkan tandatangan 10,000 orang tidak tercapai kerana yang hadir tidak melebihi 4,000 orang. Malah daripada jumlah itu, ada yang kelihatan enggan menurunkan tandatangan mereka terhadap petisyen yang hendak dibuat. Jumlah kehadiran ini hampir sama dengan kehadiran perhimpunan 100,000 orang yang juga diadakan di tempat yang sama hampir sebulan lalu yang bertujuan menjelaskan peniolakan pakatan pembangkang terhadap idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain menjadikan SPRM, kerajaan dan beberapa pemimpin sebagai sasaran, perhimpunan tersebut mencatatkan satu sejarah baru apabila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang melalui kenyataan Menteri Besar dan Ketua Menteri masin-masing memberikan ‘pengiktirafan’ kepada amalan berkesedudukan atau pun hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Ini apabila, kedua-dua kerajaan negeri mengumumkan akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga kepentingan teman wanita Beng Hock yang kini mengandung anak hasil perhubungan mereka. Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula sebagai mana biasa terus menjatuhkan hukuman SPRM bertanggungjawab membunuh Beng Hock dan mendesak Ketua Pensuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan. Selepas itu Guan Eng pula mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan dengan megah mengumumkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak akan melayan sebarang permintaan SPRM untuk datang ke pejabat suruhanjaya untuk disiasat. “Jangan harap kami akan datang pejabat SPRM.

Pejabat mereka di Pulau Pinang pun terletak di bangunan tinggi. Kalau nak jumpa atau siasat kami boleh datang ke pejabat kerajaan negeri,” katanya, Tan Sri Khalid pula mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi Awang akan jelajah satu Malaysia untuk berkempen memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock. Ketika Khalid sedang mengakhiri ucapannya, muncul pula Karpal Singh buat pengumuman beliau akan dakwa SPRM di mahkamah berhubung kes Beng Hock dalam sehari dua. Sebaik Karpal berucap, beberapa orang penyokong membakar beberapa naskah akhbar Berita Harian dan Utusan kerana membantah laporan kes Beng Hock yang didakwa berunsur perkauman. – 18/7/09.


Komen Isac;

Ini memang cara Pakatan Rakyaat (Pembangkang) di bawah pimpinan DSAI untuk untuk mendapatkan sokongan.

Sebelum mereka kuat pun sejak 1998, propaganda yang mereka mainkan semuanya bermain, berkisar dan berkenaan "konspirasi politik". Itulah yang di "momokkan" di telinga rakyaat Malaysia.

Menghentam dan menginjak-injak maruah dan integriti badan-badan pengawas keselamatan dan undang-undang negara seperti pihak polis, SPRM (dulu BPR), SPR, Jabatan Pendakwaraya, Institusi Kehakiman, Institusi Raja-raja Melayu dan juga tentera adalah agenda utama mereka. Matlamatnya hanyalah sutu, untuk memberikan mereka kelebihan jika sesuatu keputusan tidak memehak kepada mereka dan menyemarakkan api kemarahan rakyaat bila perkara ini berlaku.

Sekarang DSAI sekali lagi cuba mengalihkan perhatian rakyaat Malaysia, daripada isu utama iaitu Pakatan Rakyaat sedang disiasat oleh SPR di atas kes salah-guna wang rakyaat. Sebaliknya beliau telah menjadi polis, pendakwaraya, juri, hakim dan menjatuhkan hukuman serentak bahawa SPRM dan Kerajaan Pusat bersalah "membunuh" mendiang Teoh iaitu seorang saksi kes, yang Pakatan Rakyaat dilihat lebih "beruntung" di atas kematiannya.

Kepada rakyaat Malaysia, bukalah mata dan kenalilah siapa "Pakatan Rakyaat" yang sebenarnya. Inikah kerajaan yang anda mahukan? Inikah kerajaan yang kononnya hendak menjadikan mahkamah Malaysia lebih "telus"? Lebih adil? Ingatlah, keadilan bukan hanya pada "nama"...

Malaysia hanya perlukan DSAI seorang sahaja untuk melakukan kerja-kerja polis. pendakwaraya, juri dan hakim sekaligus? Secara "one man decision?" Maka sistem perundangan kita akan menjadi lebih telus?
Isu sebenar dalam kes mendiang Teoh, seperti sebab apa mendiang Teoh meninggal, adakah dia dibunuh? Jika dia dibunuh, siapa yang membunuhnya? Sebab apa beliau dibunuh? Atas arahan siapa? Itu semua itu tidak penting....Yang penting hanyalah cita-cita politik orang politik yang telah dengan sengaja mempolitikkan segala fakta demi kepentingan parti politik ataupun demi kepentingan seseorang individu. Kepada PR, walauapapun sebab dan musabab kematian mendiang Teoh, ianya adalah suatu peluang terhidang untuk dieksploitasikan

Ingat lah......"Sebijak manapun perancangan kamu, perancangan Allah s.w.t akan mengatatasi segala-galanya...."

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.