22 Jul 2009

Atas Nama Politik Dan Kuasa, Semuapun Boleh....








Isnin Julai 20, 2009
Dipetik dari mStar Online
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/20/mstar_berita/20090720201454&sec=mstar_berita

IPOH: Ulama dalam PAS patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama maka adalah wajar untuk golongan ulama PAS memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya ulama PAS seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu. "Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

"Dia lagi tahu apa yang dia buat," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn Bhd dan TCT Inc (TCTI) di sini, hari ini. Beliau mengulas mengenai tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Teoh di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.

Zambry berkata beliau bersimpati dengan kematian Teoh dan telahpun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.
Komen Isac;
Politik Malaysia semakin bercelaru. Atas nama politik, parti-parti politik boleh tanpa segan silu berbuat apa sahaja....
Boleh menuduh orang berzina, membunuh dan bermacam-macam lagi tanpa diperlukan bukti ataupun saksi. Terbaru, meniru orang "majusi" menyalakan lilin pun telah menjadi suatu budaya yang diterima pakai oleh pemimpin "parti Islam".
Bila semuanya "halal" demi sebuah "perjuangan" ataupun "kepentingan politik" apakah lagi yang hendak kita gadaikan selepas ini?
Kerana asyik nak berpolitik, isu-isu nasional yang lebih penting seperti masalah ekonomi negara/dunia, penularan wabak H1N1, jurang ekonomi di kalangan rakyaat Malaysia, masalah pekerja yang diberhentikan oleh kegagawatan ekonomi, masalah kebanjiran pekerja asing, jerebu dan lain-lain telah tidak diendahkan.....
Semua ini sebenarnya bertitik-tolak daripada keinginan untuk merebut tampuk kekuasaan negara, tidak lebih dari itu......
Sedarlah wahai rakyaat Malaysia.....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.