10 Jul 2009

Akan Anjurkan Demo Lagi Untuk Desak Segerakan Mansuh PPSMI



Dipetik Dari Malaysiakini.com
Oleh Abdul Rahim Sabri
Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan supaya satu lagi demonstrasi diadakan. Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.

"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.".........SAMBUNG...

Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI."

Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolahan akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan. "Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar". Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan. "Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata.

Berita Penuh Sila Rujuk Link; http://www.malaysiakini.com/news/108192


Komen Isac;

Seperti komen saya dalam "posting" yang lepas, saya melihat issu PPSMI ini sebenarnya telah dipolitikkan. Mengapa para sasterawan-sasterawaan negara hendak melenting apabila kerajaan mengumumkan bahawa pemansuhan PPSMI akan dibuat pada tahun 2012? Adakah 2 tahun suatu jangka masa yang terlalu lama, selepas kita menunggu selama 6 tahun?

Mengapa pula Datuk Mahfuz dilihat lebih2 "tidak sabar" dan menunding jari mengatakan kelambatan pemansuhan PPSMI adalah kerana untuk mementingkan "kroni" BN/Umno? Adakah kerana selepas ini dia/PR akan kehilangan satu lagi modal untuk "menghentam" Kerajaan BN/Umno maka sebab itu lah dia marah?

Ramai yang mengkritik projek PPSMI kerana selain daripada mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, projek ini juga katanya telah menghabiskan antara RM 3-5 billion untuk perlaksanaannya. Kos tersebut saya kira merangkumi kos untuk silibus baru, buku-buku baru, melatih guru-guru Matematik & Sains untuk mengajar dalam bahasa Inggeris, elaun guru-guru ini dan juga bahan bantuan pengajaran seperti komputer riba dan projektor untuk guru-guru yang terlibat.

Pandangan peribadi saya, semua kos-kos tadi bukanlan suatu pembaziran dan sepatutnya dilihat sebagai kos biasa untuk pembelajaraan anak-anak kita. Ini adalah kerana sudah menjadi lumrah, silibus dan buku-buku teks bantuan kerajaan akan ditukar setiap 5 tahun sekali. Kursus mempertingkatkan keupayaan guru-guru berbahasa Inggeris pula bolehlah dianggap sebagai latihan/"trainning" yang memang suatu kebiasaan untuk mempertingkatkan kualiti guru-guru ataupun penjawat awam.

Sementara belanja untuk komputer riba dan projektor pula bukan hanya bertujuan untuk mengikuti peredaraan zaman, tetapi ianya juga menjadikan sesuatu matapelajaran itu lebih menarik dari segi penyampaiannya. Malah ianya memberikan pendedahan awal yang baik kepada pelajar-pelajar terutamanya murid-murid luar bandar terhadap IT.

Pada hemat saya PPSMI sepatutnya dimansuhkan secara berperingkat-peringkat.

Peringkat pertama: Semua pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sessi 2010 boleh terus menggunakan Bahasa Melayu.
Peringkat kedua: Pelajar Tahun 1, 2009 sepatutnya meneruskan pelajaran mereka dalam Bahasa Inggeris sehingga Tahun 6, (2010 - 2014). Mereka akan hanya menggunakan Bahasa Melayu apabila mereka di Tingkatan 1 (2015).
Peringkat ketiga: Pelajar Tingkatan 1, 2009 sepatutnya meneruskan pelajaran mereka dalam Bahasa Inggeris sehingga tingkatan 3, (2011). Menggunakan Baha Melayu apabila mereka di Tingkatan 4 (2012).
Peringkat keempat: Pelajar Tingkatan 4, 2009 sepatutnya meneruskan pelajaran mereka dalam Bahasa Inggeris sehingga tingkatan 5, (2010). Menggunakan Bahasa Melayu apabila mereka di Tingkatan 6 Rendah.

Jika kita kaji sejarah PPSMI, perlaksanaannya juga adalah secara berperingkat-peringkat dan ianya dimulakan oleh pelajar-pelajar dari Tahun satu yang telah mengambil perperiksaan UPSR mereka pada tahun lepas (2008). Kini pelajar-pelajar tersebut telah lebih setahun berada di Tingkatan satu dan telah menggunakan Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu lagi. Untuk menukar bahasa penghantar ke dalam Bahasa Melayu pada tahun hadapan untuk kumpulan pelajar-pelajar ini pada hemat saya adalah tidak adil dan boleh mengganggu prestasi mereka.
Saya menyeru kapada ahli-ahli politik agar jangalah perkara ini dipolitikkan lagi. Yang ruginya adalah anak-anak kita juga....Untuk Sasterawan-sasterawan Negara pula jangalah termakan nasihat-nasihat dari golongan-gologan ini yang jelas sengaja mahu mempolitikkan isu PPSMI
Kepada Datuk Mahfuz, nasihat saya janganlah kerana anda mewakili suatu parti politik yang meletakkan perkataan "Islam" pada nama parti tersebut, maka "halal" lah untuk apa sahaja "tuduhan" dan "fitnah" yang anda lemparkan terhadap orang lain. Percayalah di akhirat nanti kita akan dipertanggung-jawabkan atas apa yang kita usahakan di dunia ini, tidak kira samada kita dari Parti "Islam" ataupun Parti "Yang Tak Meletak Perkataan Islam" pada nama parti mereka.

1 comment:

  1. SALAM BRO...YG SEBENARNYA RAKYAT X KESAH PUN PASL PPSMI NI..YG LEBIH2 PEMBANGKANG..LAGI BAGUS MATH DAN SAINS DALM BI..BODOH PUNYE PEMBANGKANG!!

    anakmelayu30.blogspot.com

    support bro..!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.