11 Jan 2009

CATATAN PENDEK SEBELUM KEPUTUSAN PRK P036

TDM - suaranya didengar dan dikenali dunia, dihormati dan dihargai rakyat


PL - yang juga dikenali, sebagai si penidur.


Si penidur akan di hukum kerana cuai terhadap rakyat.



PL selalu menentang suara rakyat dan memandang rendah pendapat majoriti. Mungkin kali ini PL mencuba-cuba. Melihat apakah benar-benar kehendaknya berlainan dengan kehendak rakyat atau itu semua hanya pendapat dan spekulasi orang ramai dan termasuk TDM. PL masih tidak percaya pendapat TDM. PL masih cuba membuktikan bahawa pendapat TDM adalah salah. Kerana itu PL akan terus mencuba-cuba sehingga dapat menyatakan bahawa TDM salah.

Apabila rakyat negeri menghendaki calon lain di PRK KT, PL meletak calon lain yang pilihannya. PL menghendaki rakyat bersetuju dengan pilihannya. PL menghendaki rakyat menyukai apa yang dia sukai. Itulah cara tindakan politik PL.

Apabila ada suara menyatakan bahawa PL tak payah datang ke KT agar tidak rosakan apa yang telah disusun, PL ingkar. PL datang juga semata-mata untuk menyatakan kepada rakyat Terengganu bahawa PL menyokong calon. Dalam siding akhbarnya PL menanya rakyat apakah buruk sangatkan Wan Farid? Sedangkan beliau dilantik sebagai SU PL. PL kata jika calon buruk tak kan PL lantik. Soalnya apakah semua orang harus mengikut skala yang PL tetapkan sebagai citarasa? Apakah semua orang mesti suka apa yang PL sukai?

TDM berbeza. TDM dapat menjadi pemimpin rakyat yang baik. Disamping peka kepada keadaan sekeliling, TDM juga mendengar suara rakyat. Malah lebih bijak lagi dengan menyuarakan suara rakyat itu lalu melayakkannya menjadi jurucakap rakyat. Rakyat boleh bergantung harap kepada beliau.

TDM bijak mengambil kesempatan. Kerana itu apabila ada saja suarat resah gelisah rakyat, TDM yang mendengar langsung menyuarakannya. TDM menjadikannya sebagai sebahagiuan dari rakyat yang membuatkan rakyat selesa dengan adanya seorang pejuang diantaranya. TDM juga sanggup meremajakan diri dengan perjuangannya untuk berjuang bersama rakyat. Terbaru beliau turut sama dalam protes terhadap Israel. TDM meletakkan dirinya sentiasa releven dengan aspirasi rakyat.

Bagi aku, TDM adalah seorang pemimpin negarawan sepanjang zaman. Kita memerlukkannya sepanjang masa. Dunia melihatnya sedemikian. Kita harus menungggu lama lagi untuk mendapat seseorang yang sepertinya yang akan menjadi pemimpin kita, atau mungkin kita tidak akan menemuinya langsung.

Memang ada yang tidak menyukainya. Memang kita tidak akan mendapat sesiapapun yang akan disukai oleh semua. Bahkan Rasuluallah pun tidak disukai oleh bapa saudaranya sendiri – itulah hakikat. Tetapi TDM, siapa yang tidak menyukainya? Kenapa mereka tidak menyukainya. Jawapannya adalah orang-orang yang terlibat politik dan yang tidak mendapat sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh TDM. Rata-ratanya begitu. Jadi sebabnya adalah sebab peribadi dan kemudiannya diterjemahkan untuk jadikannya sebab umum untuk mendapat sokongan ramai. Apakah itu wajar?

TDM adalah pemimpin yang disetujui ramai. Disokong kawan bahkan lawan juga. Melainkan apabila kita membawa masalah peribadi dan menjadikannya masalah ramai. Kita tidak akan menyukainya apabila beliau tidak dapat memenuhi kehendak kita, lalu kita membencai beliau dan mengajak orang ramai membencinya. Wajarkah kita?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.