7 Jan 2009

APA JADI JIKA BN KALAH DI PRK P036


Menangislah untuk masadepan anak-anak kita


(Jika BN kalah, kerusi parlimen akan berkurangan. Bermakna kuasa memerintah melayu makin kurang dan kerajaan makin tidak stabil. Bila-bila masa pembangkang boleh ambilalih kerajaan jika ada wakil BN berubaharah)


Pesan-pesan dan sampai-sampaikan kepada anakbangsa melayu, betapa pentingnya kemenangan kepada Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu nanti. Fikir-fikirkanlah dengan jiwa dan fikiran yang waras disaat kuasa pemerintahan melayu semakin terhakis. Ini bukan lagi main-mainan. Ini bukan cuba-cubaan. Ini bukan soal protes kepada sesiapa. Ini soal hidup mati melayu.

Memang tokoh politik kata itu tidak mengapa atau berikanlah peluang mereka mencuba. Tetapi akhirnya tidak begitu. Lihat apa jadi pada Pulau Pinang? Perak dan Selangor? Kedah Ok lah sebab masih melayu yang perintah – 100% - bukan proksi. Yang rugi bangsa melayu. Bangsa cina bangsa berniaga, pada mereka hanya ada untung sahaja.

Singkap pula sejarah lama; Siapa yang menentang penjajahan Inggeris dan Jepun? Jawapannya adalah bangsa melayu kerana ini adalah Tanah Melayu, adalah Negara kita. Ketika Jepun memburu cina akibat sentimen perang Nanjing(?) ada cina yang dibantu melayu tinggal diperkampongan melayu dengan memakai sarung dan songkok. Melayu memperlindungi mereka, kerana jiwa besar kita – tolak ansur dan pemaaf dan bertimbangrasa.

Tetapi apa jadi apabila koumintang perintah Tanah Melayu selama 14 hari? Habis melayu dipancung. Dan mereka teruskan perjuangan berkiblatkan komunis China walaupun Negara telah merdeka. Apakah kini mereka ini yang ingin menghancurkan Tanah Melayu dulu ingin diiktiraf sebagai pejuang bangsa?

13 Mei, apabila DAP dan cina menang dalam pilihanraya maka mereka menghina melayu hingga timbulkan kekecohan dan ketegangan kaum. Berapa ramai melayu dibunuhnya dalam insiden panggung Odeon Kuala Lumpur?

Sedarlah Bangsaku. Sedarlah Melayu. Terlajak perahu boleh diundur. Kalau terludah pun masih boleh dijilat semula, tetapi sekali kita kehilangan kuasa- kita akan kehilangannya buat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.