21 May 2018

Kabinet Baru Bukan Sekadar Perlu Bersih Tetapi Juga Perlu Kelihatan Bersih?

Pakatan Harapan yang selama ini kononnya memperjuangkan sebuah kerajaan yg bersih, mengamalkan good governance, transparency dll perlu dilihat seperti tidak akan mengotakan apa yg mereka janji dan perjuangkan. 

Jangan sampai ia dilihat tidak menghiraukan rungutan rakyaat. Era 80an - 2000 telah berakhir.

"Rakyaat are watching and not hesitate to punish the ruling party".

Perlu diingat hargailah majoriti Yang diberikan. Malah dengan hanya memenangi 122 berbanding 222 kerusi Parlimen  yang dipertandingkan, kedudukan PH sebenarnya amat rapuh dan bila2 masa sahaja tampuk pemerintahan boleh bertukar tangan sekiranya ada anggota2 parlimennya yang melompat parti.

Jestru calon2 Menteri yang terpalit dengan siasatan rasuah ataupun disyaki terlibat dengan rasuah wajar membersihkan dahulu tuduhan2 tersebut sebelum dibenarkan mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet.

Perlu juga diingat, membersihkan pertuduhan2 perlulah dibuat dengan transparent, ggod governance, menggunakan "rules of law" dan bukan dilihat dengan hanya menggugurkan pendakwaan kerana disebabkan kuasa memerintah telah beralih parti ataupun dilihat mengenakan tekanan terhadap Hakim2 yang bertugas.

Jika ini tidak dilakukan dengan betul berdasarkan "rules of law", apa bezanya Pakatan Harapan  dengan dakwaan mereka terhadap BN. Kalau sama, 2 X 5 atau lebih teruk kenapa perlu untuk menukar kerjaaan terdahulu?




Foto2 di atas hanya lah gambar hiasan yg penulis jumpa di Google.

Jangan nanti ada yang beranggapan menteri2 kabinet sengaja dibiarkan mempunyai kes2 tertentu supaya senang untuk dikawal sebagaimana yang didakwa oleh DS Anwar dan Dato' Ezam sejak tahun 1998 lagi.

Mungkin pengundi2 muda X tahu hal  ini tetapi generasi yang melalui kisah pemecatan DS Anwar dan Gerakan Reformasi dahulu pasti boleh mengimbau kenangan lama.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.