30 May 2018

Hanya Pemimpin2 Berjiwa Besar Mampu Memaafkan Lawan....




Bab ni penulis nak puji Tun M dan TPM baru, DS Dr Wan Azizah. Pemimpin2 berjiwa besar!!!

Kita sepatutnya boleh memaafkan kawan dan lawan. Apa lagi apabila Bersatu dan PKR pun sebenarnya berasal dari UMNO. Lupakan persengketaan dulu, kalau Kak Wan boleh memaafkan Tun M sebab utama PKR ditubuhkan, X kan beliau X boleh memaafkan bekas2 anggota UMNO, ya tak. Sepatah kata DS Anwar, jika dia boleh memaafkan Tun M, mengapa kita tidak?

PRU dah lepas, ini masanya untuk rakyaat bersatu membina negara.

Penulis pun bukan membangkang semua apa yang kerajaan baru buat. Penulis cuma mahu menjadi pendesak agar semua menifesto yang djanjikan kepada pengundi2 ditepati untuk kepentingan semua rakyaat. Juga supaya masalah2 terdahulu sebagaimana sesetengah negeri pembangkang telah dinafikan pembangunan, dinafikan royalti, dinafikan lebuhraya dll tidak akan berlaku terutamanya apabila kerajaan baru ini mengaku memperjuangkan good governance, keadilan, trasparensi dll.

Mungkin yang X setuju pun....hanyalah DAP kerana Parti Bersatu mungkin akan menjadi lebih kukuh malah jika 54 ahli Parlimen Umno menyertaai Bersatu, DAP tidak lagi akan menjadi dominan dalam PH.

Buat anggota2 atat pemimpin Islam dalam PH pula, jika anda X bersetuju adalah wajar untuk bermuhasabah diri takut2 terbatal syahadah kita, kerana memutuskan silaturahim boleh membatalkan syahadah. Wallahualam.

Sumber klik sini. 

1 comment:

  1. Tak perlulah kamu nak mendesak supaya semua manifesto dilaksanakan. Harapan bukan berjanji pada kamu, kamu pun mengundi umno jadi tuntutlah MANIFESTO UMNO. Biar kami buat keputusan samada kerajaan yang kami undi wajar memenuhi semua manifesto itu. Kamu tak payah sibuk. Jaga tepi kain sendiri. Cepat LANTIK KETUA PEMBANGKANG kerana Parlimen akan bersidang June depan. Buat malu sahaja, bila kerusi ketua pembangkang KOSONG.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.