4 Oct 2016

Cadangan Had Umur Minima Untuk Mengerjakan Haji - 18 Tahun???


Sejak beberapa tahun kebelakangan, Tabung Haji menetapkan bahawa giliran untuk menunaikan haji di Malaysia adalah berdasarkan kepada siapa cepat daftar dia pergi (dahulu) selain sejumlah kuota yang dikhaskan untuk mereka yang berumur 75 tahun dan lebih.

Difahamkan buat masa ini, sesiapa yang mendaftar hari ini, dikatakan hanya akan dijadualkan ke tanah suci untuk menunaikan fardhu haji sekitar 90 tahun akan datang Bayangkan sekiranya umur anda sekarang adalah 60 tahun, ini bermaksud anda akan hanya dijadualkan ke tanah suci apabila menjangkau usia 150 tahun. Kecualilah apabila kapasiti jemaah haji telah dinaikkan apabila pembesaran Masjidil Haram dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018....

Wow.... melainkan jika anda sempat menjangkau usis 75 tahun dan masih sihat tubuh-badan, maka anda mungkin akan berpeluang menggunakan kuota jemaah warga emas (75 tahun dan keatas) .

Foto: Wukuf di Arafah.


Saya difahamkan ada di antara jemaah haji musim haji 1437(Hijrah)/2016(Masehi) yang lalu hanya berumur 14 tahun.

Jika berdasarkan kepada syarat2 wajib haji pun;
  1. Islam.
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Merdeka
  5. Berkemampuan
Pastinya mereka yang berumur di bawah 18 tahun tidak berkemampuan untuk menunaikan haji tanpa bantuan dari ibubapa mereka, disamping itu pastinya dari segi tuntutan agama orang2 dewasa yang cukup syarat lebih patut diutamakan berbanding mereka ini.


Jestru saya mencadangkan selain pendaftaran siapa cepat dia dulu yang diamalkan sekarang, sewajarnya syarat umur minima juga ditetapkan untuk mengutamakan jemaah yang lebih berumur berbanding jemaah remaja. Sekalipun jemaah remaja ini mendaftar awal cuma sepatutnya mereka hanya boleh mengerjakan haji apabila umur mereka menjangkau 18 tahun. 

Pastinya cadangan ini jika diterima  tidak akan melibatkan jemaah2 yang baru mahu mendaftar sekarang kerana sela giliran sediada menjangkau 90 tahun, tetapi boleh diterapkan ke atas jemaah2 yang bakal mengerjakan haji dalam tahun2 yang mendatang (hampir) jika ini dipraktikkan ianya akan membolehkan lebih ramai jemaah2 haji dewasa untuk mengerjakan haji dalam masa terdekat.

2 comments:

  1. Yg disubsidi, yg ditaja, juga belum termasuk berkemampuan utk berhaji, maka belum berkewajipan. Jika pemergian mereka menyebabkan terhalangnya golongan yg semmgnya sudah berkewajipan dr segenap seginya, maka apa pula hukumnya ?

    ReplyDelete
  2. Bagi kawan, yang ditaja pada kebiasaannya samada oleh kerajaan pusat cth. 1MDB ataupun oleh kerajaan neger cth. kakitangan kerajaan negeri Johor. 1MDB kebiasaannya menaja imam, bilal dan jawatankuasa masjid. Ditanggung sepenuhnya kerana menghargai jasa2 mereka mengimarahkan masjid. Bagi kawan X ada masalah. Tuan nak....rajin2 lah mengimarahkan masjid.

    Utk kakitangan kerajaan negeri, itu merupakan cara mereka menghargai kakitangan yang lama berkhidmat. Pun apa masalahnya?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.