21 Jan 2016

JPA Hapuskan Pemberian Biasiswa, Khabar Buruk Ataupun Sengaja Mahu Memburukkan Kerajaan.?

Selepas biasiswa untuk pelajar2 di tingkatan 6 digantung baru2 ini, isu yang menjadi viral di media2 baru adalah apabila dikhabarkan biasiswa JPA untuk tahun 2016 bakal digantung sama. Klik sini.

Kos pempelajaran untuk pelajar di tingkatan enam mungkin tidaklah mahal. Sekolah selalunya dekat, yuran percuma, buku teks percuma malah yuran peperiksaan juga tidak lah mahal mana. Jestru jika biasiswa tersebut digantung atau dimansuhkan kesannya mungkin tidak seberapa berbanding dengan tajaan pembelajaran di universiti.

Tetapi apabila ada ura2 biasiswa JPA untuk tahun 2016 akan digantung ianya menjadi penyebab satu lagi api kebencian rakyaat terhadap pucuk kepimpinan negara. Nama menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong yang dikaitkan dengan isu tersebut pastinya menjadi sasaran kata2 sumpah-seranah.

Berikut adalah makluman yang penulis kutip daripada whatapps group. Malah isu ini juga menjadi perbualan hangat di FB dan juga di Twitter, "Biasiswa JPA 2016 Dihapuskan dan Dimansuhkan".

"Berita sedih buat pelajar yang akan menyambung pelajaran pada sesi 2016 ini. Ini kerana kementerian telah mengesahkan pemberian biasiswa JPA akan dihapuskan dan dimansuhkan bermula tahun 2016 ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Wee Ka Siong menteri di jabatan perdana menteri.

Biasiswa yang dimansuhkan ini melibatkan penempatan dalam dan luar negara yang mana memberi kesan kepada lebih 700 penempatan pelajar tahun ini.

Pada portal JPA sendiri pun, pautan yang selalu digunakan oleh pelajar untuk memohon JPA telah dibuang.

Perkara ini betul-betul memberi impak dan kesedihan kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran sesi 2016 ini.

Disarankan agar semua pelajar dapat membuat inisiatif dengan memohon biasiswa dari kerajaan negeri masing-masing".

Juga boleh didapati di sini.



Komen Isac;

Adakah ini cuma mainan portal2 yang mulanya diilhamkan oleh pembangkang? Ataupun adakah sememangnya Wee Ka Siong yang bersalah kerana tersilap cakap??? Ataupun dia sengaja memandai2? Antara portal melaporkan isu ini klik sini dan klik sini.


Adakah berita ini sengaja mahu dimanipulasi agar api kebencian terhadap kerajaan terus membuak2 menuju PRU 14 yang tingga 2 tahun lagi?


Apapun sebenarnya jika diteliti iklan biasiswa JPA tahun lepas, ianya cuma bermula pada bulan Mac 2015,  sekarang baru bulan Januari. Bukti klik sini.  Biasanya kan tunggu keputusan SPM dekat nak keluar? 

Malah portal JPA sehingga saat ini masih belum mengeluarkan "biasiswa" antara salah satu daripada perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Klik sini.

Kenyataan DS Najib pada penghujung tahun lalu beliau pula cuma mahukan supaya pelajar2 cemerlang yang ditaja oleh JPA tidak mengelak untuk berkhidmad di sektor awam apabila tamat pengajian kelak







Sementara di Utusan Malaysia, Ka Siong menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan yang menjadi viral tersebut.



1 comment:

  1. ini semua mainan pembangkang, membohong dan memfitnah adalah nyawa pembangkang, kalau mereka tak buat satu cerita hangat dengan segala rempah bohong, auta, fitnah ..maka pembangkang akan mati !!

    menteri tak pernah pun cakap kata biasiswa akan dihapuskan atau digantung

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.