4 Nov 2015

Kalau Rafizi Rakyaat Korea Mungkin Dia Dah Kena Lucut Kerakyaatan???

Potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan biasiswa/dermasiswa serta bantuan pelajaran sebenarnya mencecah RM2.2 bilion dalam Bajet 2016. Ini adalah potongan mendadak yang akan membawa kesan kepada ratusan ribu keluarga di Malaysia.

Malangnya, pada masa yang sama perbelanjaan mengurus yang lain yang merugikan rakyat terus naik. Dua perkara perbelanjaan yang naik adalah “Perkara 44000: Tuntutan Insuran dan Pampasan” serta “Perkara 45000: Faedah, Dividen dan Bayaran Hutang Negara” dengan kenaikan seperti berikut:





Kedua-dua kenaikan ini sebenarnya dalam kawalan kerajaan dan tidak akan meningkat begini sekiranya kewangan negara diuruskan dengan baik. Malah, sekiranya peningkatan belanja mendadak kos mengurus hutang dan tuntutan insuran/pampasan sebanyak RM5.5 bilion ini tidak berlaku, jumlah ini jauh lebih besar dari potongan kepada IPTA dan biasiswa sebanyak RM2.2 bilion seperti di atas.
Pengurusan kewangan negara di bawah Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat kritikal sehinggakan sektor pendidikan dan biasiswa (dua perkara yang dijamin di dalam Perlembagaan untuk orang Melayu dan Bumiputra) turut dikorbankan untuk menampung hutang dan pampasan, sedangkan perbelanjaan hutang dan pampasan itu ialah akibat kelemahan kerajaan Barisan Nasional sendiri.


Komen Isac;

Sayang Rafizi ni.... Kepandaiannya dia gunakan utk mencari salah dan memfitnah kerajaan...

Bayangkan rakyaat Korea ketika zaman gawat 1998, mereka sanggup derman dan kumpul barang kemas utk diberikan kepada kerjaan supaya hutang dgn IMF dapat ditebus....

Begitulah jati diri dan semangat sayang dan cintakan negara rakyaat Korea!!!

Sebaliknya org kita termasuk pemimpin2 pembangkang dan sesetengah pemimpin BN sendiri berusaha untuk menjahanamkan ekonomi dan imej negara semata2 kerana mahu ""Merampas" kuasa.

X kan masa negara susah semua bantuan yg kerajaan beri selama ini sudaj lah X berterimakasih pun X boleh nak potong? Tahu nak menerima aje dan X tahu nak memberi? Igatlah jangan hanya bertanya apa yg negara boleh berikan kepada kita sebaliknya tanyalah apa yg boleh disumbangkan oleh kita kepada negara?

Mana X saya berani kata Rafizi hanya pandai memfitnah......Dia fitnah kata insuran X penting? Dia kata kenaikan faedah dan bayaran balik hutang X perlu???

Bukan ke kenyataan yg bodoh tu!!!

Peningkatan kos untuk insuran x dapat dielakkan kalau harta-benda kerajaan dan kakitangan awam X diinsurankan, kalau jadi apa2 siapa yg nak tangging jawab???

Tentang faedah dan hutang negara, dah tentu nilai duit kita jatuh...itupun hasil sabotaj sesetengah pemimpin pembangkang juga.....Jadi kalau faedah dan hutang X dibayar, nak jadi apa??? Kalau faedah terus meningkat jika hutang X dibayar atau hutang tertungak Rafizi nak tanggung-jawab???

Sumber klik; http://rafiziramli.com/2015/10/bajet-2016-biasiswa-dermasiswa-dan-bantuan-pelajaran-dipotong-23/

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.