3 Aug 2015

Bolehkah Zahid Hamidi Menyaingi Kehebatan Tun Ghaffar dan Tun Abdullah???


Orang ramai, rakan-taulan, musuh dan sahabat melihat Tun M sebagai pemimpin yang hebat kerana mampu kekal berkuasa sehingga 22 tahun sebagai PM.

Tetapi mungkin apa yang tidak berapa diperkatakan ramai, Tun Mahathir sebenarnya agak bernasib baik kerana ketika kemeluat Team A dan Team B yang melanda Umno di penghujung tahun 80an, Allahyarham Tun Ghafar Baba telah muncul sebagai TPM yang baik buat Tun M di dalam menarik sokongan golongan veteran terhadap Mahathir.

Di kala jalanraya2 negara "dikuasai" oleh golongan pro reformasi kerana membantah pemecatan DSAI daripada jawatan TPM dan pertuduhan Liwat 1 sekitar penghujung tahun 90an,   Tun Abdullah pula telah berjaya memainkan peranannya dengan baik bukan sebagai TPM malah sebagai Menteri Dalam Negeri sehingga  membolehkan Tun M menumpukan perhatian kepada pembangunan negara dan urusan luar negara.

Kini Zahid berpeluang untuk membuktikan bahawa diri beliau merupakan "companion" yang terbaik buat DS Najib. Persoalannya mampukah beliau mengambil tanggung-jawab ini???

DS Dr Zahid yang dilihat berjaya menggunguli isu pencerobohan Pengganas Kiram pada 2013 sehingga membolehkan beliau mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Naib Presiden Umno, di lihat agak "sejuk" selepas pemilihan pemimpin Umno tersebut tamat.

Jestru terpulang lah kepada DS Dr Zahid untuk membuktikan kemampuannya.

1 comment:

  1. Tun M kekal 22 tahun pon krn hidup zaman tiada smartphone....
    Cubalah klu zaman skrg...segala kuku dan besi dia akan tumpul dan berkarat dek penangan para perayau alam siber.
    Aku sanjung dia nie...tapi klu dia senyap dan tegur secara tertutup...semua kecelakaan ini tidak berlaku.
    Tsmy yg dianggap boleh jadi bakal pm pun jadi rambang mata mengutuk ketua sebenar angkara dia.Bosan mainan boneka dlm negara.Rasa nak jadi pm...cakap jerlah dpd buat fitnah dan mengata.
    Syukur satu jer...tiada kutuk mengutuk antara pas dan umno semasa balik raya krn diplomasi kedua2 pemimpin parti.Klu zaman tun m...dah jadi budaya seolah2 tiada dosa klu mengata...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.