6 Aug 2015

Berdamai Dengan SPRM, Bukti Kematian Beng Hock Bukan Salah SPRM???

Mungkin rakyaat Malaysia sudah lupa bagaimana Pakatan Rakyaat menyerang SPRM...

Jika dahulu, SPRM dilabel kononnya sebagai "barua" kerajaan khususnya Umno dan suruhanjaya tersebut telah diserang dengan teruk, gara2 penemuan jenazah mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai terjatuh selepas disoal-siasat di pejabat SPRM di Menara Masalam, Shah Alam. Kematian Teoh Bang Hock setiausaha politik Adun DAP, Ean Yong Hian Wah (2009) yang menyaksikan pembangkang menggunakan isu tersebut untuk menyerang kerajaan, yang kononnya telah mengarahkan "pembunuhan" anggota DAP tersebut. Isu utama iaitu mendiang ditahan untuk disoal-siasat kerana disyaki terlibat ataupun mengetahui salah-laku yang berlaku di dalam pengurusan peruntukan wakil rakyaat oleh DAP telah disenyapkan dan sebaliknya SPRM pula dituduh kononnya telah membunuh mendiang atas arahan Umno. Suatu motif yang sukar diterima, tetapi ramai rakyaat terutamanya yang berketurunan Tionghua, percaya. Yang jelas, DAP lah yang mendapat faedah terbesar daripada kematian Teoh. Rahasia terperlihara dan malah mendapat simpati rakyaat dengan memfitnah Karajaan dan SPRM.

Selepas itu SPRM diserang lagi dan kali ini, kematian  Ahmad Sarbani Mohamed penolong pengarah kanan kastam (2011) yang dikatakan terjatuh daripada bangunan SPRM di Jalan Cochrane memberikan peluang kepada pembangkang untuk sekali lagi menyerang dan meinjak2 reputasi dan maruah sebuah jabatan/suruhanjaya milik kerajaan (SPRM). 

Seperti terlupa akan sejarah.....sekarang ni kecoh pula cerita bahawa pegawai2 SPRM yang menyiasat kes 1MDB pula sedang disiasat....

Kononnya ada tangan2 ghaib yang mengganggu siasatan.....

Kononnya ada usaha dari pegawai tinggi kerajaan yang cuba menakut2kan pegawai penyiasat SPRM dalam kes 1MDB.

Kononnya ada campur-tangan polis....

Pertuduhan dan persepsi yang dibina terarah kepada untuk menyalahkan DS Najib.....

Maka, pemimpin2 pembangkang, pemimpin2 masyarakat, para cerdik-pandai malah waima mufti pun samada disedari ataupun tidak, dilihat sedang membina persepsi terarah kepada menyalahkan DS Najib...Kerajaan zalim....

Itulah fenomena biasa yang terjadi kepada rakyaat Malaysia hari ini...

Apabila kebebasan bersuara diberikan.....apabila media baru boleh digunakan sesuka hati.....

Kegunaanya lebih kepada menyebarkan fitnah....cepat percaya dengan khabar2 angin terutamanya jika ianya memperlihatkan kerajaan sebagai zalim....kerajaan menyalah-guna kuasa...kerajaan menindas....kerajaan cuba menutup kebenaran....dll.

Penulis bukan mahu menuduh...tetapi telah 2 kali kerajaan dipersalahkan kerana kesilapan SPRM, penulis juga bukan seperti pembangkang yang cuba merendah2kan intergriti SPRM. Tetapi penulis berharap, rakyaat jangan cepat terpengaruh dengan khabar angin dan penjelasan dari pada sebelah pihak sahaja. Bertenang, dengar, fahamkan, selidik dan buat lah penilaian sewajarnya dan bukannya terbawa2 dengan emosi dan hanyut dengan fitnah2 dan tohmahan2 yang boleh merugikan kita semua!!!

Malah jika ditanya kepada penyokong2 Umno, melihatkan kepada senario semasa dan beberapa isu yang lepas, kesalahan yang dilakukan oleh SPRM telah mengakibatkan Umno/BN dipersalahkan, pastinya mereka akan mendakwa, SPRM telah diresapi oleh penyokong2/talibarut/mereka yang simpati kepada perjuangan Pakatan Rakyaat untuk memburuk2kan parti Umno/BN.

Yang jelas Pakatan Rakyaat hanya tahu mengambil kesempatan terhadap apa juga situasi dan malah mereka mempunyai penyokong2/talibarut/mereka yang simpati sehingga di semua sektor perkhidmatan awam, bukan sekadar di SPRM.....malah mungkin sehingga ke PMO???

Pengarah Sisatan SPRM pula sebelum ini pernah merajuk dan tidak mahu lagi menyiasat pemimpin2 pembangkang klik bawah; 





Sesuatu yang sepatutnya tidak boleh berlaku terhadap penegak undang2 negara tidak kira apa pun alasannya.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.