2 Apr 2015

GST Bukti Kerajaan BN Zalim???


Kenapa perlu kerajaan kenakan GST?

Sebab kerajaan zalim???

Negara dah nak bankrap ke???

Sebab banyak sangat bagi subsidi???

Kalau penulis cakap banyak nanti ada orang marah.....Tapi demi kebenaran cakaplah jugak....

Sebab sebenar kerajaan perlu adakan GST adalah kerana selama ini peniaga2 dan syarikat2 selalunya akan "under declare income" mereka supaya cukai perniagaan/koperat yang dikenakan terhadap mereka rendah. Atau dalam bahasa mudah, "lari daripada membayar cukai" ataupun kurang bayar cukai!!!

Saban tahun Kerajaan akan rugi berbilion ringgit!!! Tetapi kos pentadbiran semakin meningkat....Kos pembinaan infrastruktur and selenggara meningkat...Subsidi....meningkat sebab rakyaat semakin bertambah.....Jumlah kakitangan awah sahaja telah menjangkau 1.4 juta orang. Tetapi dalam masa yang sama ketirisan berlaku di dalam sistem kutipan cukai.

Jadi tidak hairanlah mengapa ada ura-ura daripada DAP bahawa mereka akan mengurangkan kakitangan awam sekiranya mereka mengambil-alih Putrajaya kelak!!!

Mungkin kerajaan Malaysia X cukup tegas!!! 

Sepatutnya kerajaan Malaysia perlu lebih tegas macam Kerajaan Singapura!!! 

Kena garang !!! Barulah rakyaat takut nak langgar peraturan.

Penjawat2 awam yang diberi amanah seperti incometax dan kastam perlulah buat kerja dengan lebih baik!!!

Tangkap dan hukum sesiapa sahaja yang membuat salah, lari daripada bayar cukai dan bukannya sekadar menangkap rakyaat biasa yang makan gaji dan ada slip gaji sahaja yang kena bayar cukai sebab mereka memang X boleh nak lari!!! 

Cuba gunakan kreativiti dan tumpukan kepada golongan2 yang berisiko tinggi lari daripada membayar cukai!!!

Walaupun kerajaan Singapura mengenakan GST, income tax juga kena bayar, mereka X perlu beri subsidi. 

Kerajaan Singapura kaya. Gaji Menteri2nya pun berjuta Dollar Singapura setahun. Mungkin itulah di antara faktur yang membuatkan mereka lebih maju berbanding kita dan rakyaat mereka begitu takut dan taat kepada pemerintah. Malah pemimpin2 pembangkang akan dipenjara, disaman sehingga bankrap dan dilucutkan kerakyaatan sekiranya melawan kerajaan.

Sewajarnya kita kena lebih tegas. X buat kerja ganti orang lain. Buat salah denda!

Juga banyak berlaku nya kegiatan "black ekonomi"....Mereka ni memang X bayar cukai!!! Kalau rakyaat perihatin....Mereka ini juga boleh ditangkap. 

Sebagai contoh, di bandar2 kecil, adakah penduduk tidak kenal siapa tokey judi kuda? Bapak ayam? Ah Long? Penyeludup??? Pengedar dadah? Gangster??? Pencuri subsidi diesel??? Menjual barangan bersubsidi kepada bukan kumpulan sasar???? Mungkin polis pun kenal mereka....

Tetapi kenapa X report dan tangkap mereka??? Takkan pentadbiran harian dan penguatkuasaan pun nak tunggu Pak Menteri??? 
Sejak sistem 2 parti diperkenalkan sekitar 2004, rakyaat kita semakin manja. Mentang2 ada sahaja pihak yang akan membela mereka demi survival politik.

Kena saman AES dan trafik pun X nak bayar.....ada sahaja yang membela.....Manja sangat orang2 kita dan kurang bertanggung-jawab. Tapi berangan-angan nak jadi negara maju....dalam masa yang sama mengharapkan orang lain jaga kebajikan kita....

Daripada pemerintah, pembangkang sampai lah ke rakyaat semua X boleh pakai!!!

Semua kena memainkan peranan....Baik pemerintah, rakyaat dan pembangkang. 

Pemerintah jangan boros dan dilihat boros!!! Juga kena tegas dan jangan "lembik"!

Rakyaat kenalah bekerja-sama dan menjadi "mata dan telinga" pemerintah supaya undang2 dapat dilaksanakan!!!

Kakitangan awam perlulah jalankan amanah! Bersedia untuk ditukar jika gagal!!!

Pembangkang pula, janganlah asyik kerjanya membangkang walaupun sesuat dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah sesuatu yang baik!

Kita perlu bermuhasabah diri, untuk membina sebuah negara bangsa yang baik. Kita semua perlu berubah!!!

Lihat sahaja Singapura, mereka akan berbuat apa sahaja termasuk memencil dan mengenepikan sesetengah kaum, pemimpin2 pembangkang, termasuk menyinggung perasaan dan hak negara jiran demi membina sebuah negara yang kuat.

Kita X perlulah menjadi begitu "Kiasu" tetapi setidak2nya bersatulah untuk membina sebuah negara yang kuat dan bukannya berpecah belah!!!

Sebagai contoh GST tidak perlu, jika semua orang memainkan peranan masing2!!! Jika kakitangan awam yang bertanggung-jawab melakukan tugas mereka dengan baik dan jika rakyaat pula menjadi mata dan telinga pemerintah.



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.