26 Mar 2015

MP PKR-Batu Pahat Kena Tipu!!! Beli Telur Ayam RM6.80 Untuk10 biji???


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyifatkan harga RM6.80 bagi sepuluh biji telur ayam adalah tidak munasabah.

Timbalan Menterinya,  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya memerlukan bantuan agar pengguna membuat aduan kepada kementerian supaya tindakan dapat diambil.

"Saya setuju harga barang itu tidak munasabah. Contoh kalau telur, sepatutnya dalam RM3 hingga RM3.50 bukan RM6.50 dan sardin dari RM2 jadi RM5.

"Ini adalah harga yang tidak munasabah. Sebab itu, kita perlukan kerjasama Yang Berhormat untuk buat aduan. Supaya kami dapat buat penguatkuasaan kerana saya sendiri rasa harga itu tak munasabah," katanya ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang mendakwa terpaksa membayar RM6.80 bagi 10 biji telur ayam ketika menemani isterinya berbelanja.

"Saya teman isteri belanja barang dapur. Dia kata harga telur ayam RM6.80 sepuluh biji. Maknanya sebiji telur 68 sen. Kemudian, beli sardin kecil yang dulunya berharga RM2.50 sekarang RM5.50 setin.

“Harga ini belum GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Umumnya harga sudah naik sebelum GST. Selain mekanisme biasa, apa mekanisme yang luar biasa yang boleh difikirkan kementerian?," ujarnya.

Sumber klik sini.


Komen Isac;


  1. Mungkin kena tipu.
  2. Mungkin juga beliau menipu.
  3. Tak pun kalau beli telur Omega/Organik...Memang lah mahal.....




posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Telur OMEGA????? OMEGA ??

    OMEGA.....hmmm gi tanya sepat kering.....

    ReplyDelete
  2. Beli telur ayam kampung kt pasar pagi jln ibrahim tu kot.

    ReplyDelete
  3. tipu..telur omega pun bwh RM6 utk 10 biji...
    lepas tu telur sepapan 30 biji..telur biasa tu...gred AA RM11.40...harga telur ni sekjap naik skjap turun setiap tahun...

    sama ada bini dia tipu dia supaya dpt belanja lebih...mana tau kedekut bg duit kat bini sendiri...kene la tipu...

    -smh-

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.