24 Mar 2015

Kit Siang Desak Tubuhkan Kerajaan Campuran Untuk Halang Perlaksanaan Hudud???

Belang sebenar DAP sudah semakin terserlah....

Mengapa Hudud cadangan Pas yang cuma akan mewajibkan perlaksanaannya terhadap orang Melayu dilihat sebagai suatu ancaman besar kepada survival DAP???  Beliau sebenarnya mahu menghalag Melayu/Bumiputera  daripada bersatu!!!

LKS takut  isu Hudud ini akan menjadi titik-tolak, buat orang2 Melayu/Bumiputera kembali bersatu dan jika ini berterusan segala usaha DAP selama ini yang hidup di atas api perkauman sempit dengan memainkan isu kaum Cina boleh memerintah Malaysia dikalangan orang Cina dan sebaliknya berusaha memecah-belahkan undi Melayu/bumiputera akan berakhir dengan kegagalan.

Umum tahu, apabila undi Melayu/Bumiputera terpecah, undi kaum Cina akan menjadi kuasa penentu dan di negeri2 di mana undi2 kaum Cina mewakili sekitar 20-40 peratus seperti Perak, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dll. peluang untuk DAP mendominasi negeri2 tersebut sangat cerah sehinggakan fenomena ini sekiranya berterusan maka mereka akan mampu untuk mengambil-alih pemerintahan di Putrajaya.

Ini dapat dilihat dalam trend keputusan PRU 12 dan 13 di mana, DAP telah berjaya meningkatkan bilangan kerusi Parlimen mereka dari sekitar 28 kerusi pada PRU 12 kepada 38 kerusi pada PRU 13 iaitu kenaikan 36%.

Jestru alasan dan seruan untuk mewujudkan suatu kerajaan campuran demi untuk memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia hanyalah suatu helah politik LKS.

Siapakah yang selama ini memeinkan isu2 perkauman dan menentang perlembagaan?

Siapakah yang selama ini menekan undang2 negara dan melebelnya tidak adil? Menonjolken institusi diraja sebagai pembaziran? Taraf bumiputera sebagai tidak adil???

Tidakkah menentang segala yang di atas yang juga termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu pengkhiatan dan boleh membawa kepada penderhakaan???

Jadi di manakah logiknya DAP mahu mempertahankan Perlembagaan Malaysia?

Jestru cakap2 dan seruan LKS tidak lain hanyalah bertujuan mempertahankan politik sempit DAP yang mahu memecah-belahkan perpaduan orang Melayu/Bumiputera kerana mereka sedar sebagai kaum peribumi dan pengundi2 majoriti di Malaysia, kaum Melayu/Bumiputera akan terus memerintah negara ini kecuali undi mereka dapat terus dipecahkan seperti di dalam PRU 12 dan 13 yang lalu.

Adakah DAP akan berjaya memanipulasi sokongan kaum Melayu/Bumiputera agar menyokong mereka sebagaimana Lee Kuan Yew melalui PAP melakukannya pada tahun 1965 yang lalu, tepuk dada dan tanya selera pengundi2 Melayu/Bumiputera !!!

Sumber klik sini.




posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Kalau menurut trend yang menunjukkan risiko besar runtuhnya Islam dan Melayu di Malaysia maka kemballah ke absolute monarchy. Bubarkanlah UMNO PAs dan lain-lain parti politik. Berkorbanlah demi Melayu dan Islam. Buatlah Persekutuan Kesultanan Melayu = United Malay Sultanate seperti UAE - United Arab Emirates. Waktu ni nak buat hudud buatlah taka da sapa boleh bantah dah. (dalam sistem sekarang Rakyat boleh bantah Hudud - melalui sistem wakil rakyat)

    Lagipun Sultan-SUltan kita bukannya macam Raja-Raja zaman Hindu dahulu. Banyak dah educated. Dengan asas Islam dan nasihat rasanya SUltan-Sultan kita mampu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.