13 Feb 2015

Solat Jenazah Ghaib Buat T.G. Nik Aziz Untuk Sesiapa Yang Jauh???



Dengar radio tadi, Ustaz kat radio IKIM kata....boleh solat jenazah ghaib utk TG Nik Aziz. Lepas solat Jumaat masa yg terbaik. Mengambil sirah Rasulullah yg mensolatkan jenazah ghaib buat Raja Najasi r.a ketika itu Rasulullah s.a.w. berada do Madinah.

Selain TG diakui ramai sebagai seorang ulamak, pemimpin dan individu yang baik solat jenazah pun besar pahalanya.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. SEKADAR INGIN TAHU......
    ORANG UMNO DI KAFIRKAN.. SAH KAH SOLAT JENZAHA MEREKA INI......
    AKU WAS WAS TERUS BALIK LEPAS SOLAT JUMAAT.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai orang/Islam.....Kita kena sentiasa berlapang dada bro. Mungkin kita X sependapat dengan beliau semasa hidup tetapi itu bukannya permusuhan peribadi. Hanya bersalahan pandangan.

      Bila sipulan telah meninggal, kita ampun kan sahaja....Kalau kita sempat memohon maaf adalah lebih baik. Satu dunia mengiktiraf kewaraqan dan kealiman beliau. Jika beliau yang diiktiraf oleh dunia Islam pun X sepi dari berbuat kesilapan......siapalah kita untuk menghukum beliau....

      Jika benarpun kita dikafirkan...Kita yang mengaku Islam ni, pasti tahu telah menjadi kewajipan fardhu kifayah ke atas kita untuk menunaikan 4 hak2 simati iaitu memandikan, kafan, disembahyangkan dan dikebumikan.

      Malah pernah mendengar kuliah...pahala solat jenazah sebesar bukit Uhud.

      Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa melayan jenazah orang muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pemakamannya sampai selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat; satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang mengikut solat jenazah saja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat."

      Cuma sayangnya kita orang Islam ni cuma sepakat dan berbaik sangka bila lawan kita tu dah mati......

      Bukan ke bagus jika kita sepakat dalam apa juga segi semasa sama-sama masih hidup....

      Mesti musuh2 Islam akan kecut perut!!!

      Delete
    2. Your last three paragraphs must be good reminder for ALL MUSLIMS

      Delete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.