2 Jan 2015

Gempar!!! Banjir Besar 2014 Berpunca Oleh Tadbir Urus Lemah Kerajaan Pakatan Rakyaat???

Foto 1: Tanah Lojing, Hua Musang, Kelantan - Botak akibat aktiviti pembalakkan yang 
tidak terkawal (Sumber:http://smp.townplan.gov.my/?p=4233).




Foto 2: Lokasi Lojing di tantah2 kawasan banir, Kota Baharu, Cameron Highlands, Kuala Kangsar, Terengganu dll. (Sumber: Google Earth)


Bukan nak menunding jari...

Tetapi jika dilihatkan kedudukan Lojing yang berada di tangah-tengah kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir...penulis percaya banjir yang dikatakan terbesar dalam sejarah negara ini juga sebenarnya telah diburukkan oleh aktiviti-aktiviti pembalakkan tidak terkawal di kawasan Tanah tinggi Lojing yang telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyaat.

Bahkan kejadian banjir besar yang bermula di kawasan hulu Kelantan seperti Gua Musang dan Kuala Krai dan seterusnya menular ke kawasan2 kuala-kuala sungai di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang menguatkan lagi pendapat ini.

Ini dapat difahami dengan mudah kerana dalam ilmu Hidrologi iaitu satu bidang ilmu yang berkaitan dengan sumberair, jumlah taburan hujan, saliran, kawasan tadahan, rekabentuk kawasan tadahan untuk membina empangan, sistem saliran dan apa-apa yang berkaitan dengan bekalan air hutan simpan adalah amat penting dan berfungsi sebagai kawasan tadahan untuk menakung air. Ianya amat penting kerana keupayan daun-daun pokok dan tumbuhan2 lain yang akan mengurangkan "air larian permukaan" daripada terus disalirkan ke dalam anak-anak sungai dan sungai-sungai ke laut. Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan akan dapat mengurangkan aliran air hujan terus masuk ke dalam sungai sehingga 50-60% dan ianya bertindak sebagai agen penampanan banjir (flood mitigation) secara semulajadi. Jestru apabila agen-agen penampan banjir semulajadi ini telah dihapuskan di tambah dengan kedatangan musim hujan monsun Timur Laut (November hingga Mac) maka pastinya hampir keseluruhan air hujan akan disalirkan ke sungai-sungai dan apabila kapasitinya terlalu banyak dan tidak tertampung oleh sungai-sungai yang terlibat, air tersebut akan melimpah dan menyebabkan banjir besar berlaku.

Banyak tulisan2, atrikel2 dan rancangan2 televisyen sebelum ini yang pernah menyentuh ativiti2 pembalakan tidak terkawal di Tanah Tinggi Lojing tetapi samada ianya tidak diendahkan oleh pihak kerajaan negeri ataupun ianya sudah terlambat.

Penulis pernah melalui Jalan Gua Musang - Cameron Highlands ketika Hariraya Aidil Fitri yang lalu di mana sepanjang kawasan Tanah Tinggi Lojing tersebut telah di tanam anak-anak pokok kelapa sawit dan menuju ke Cameron Highlands pula ladang-ladang tanaman sayur tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Samada mahu diakui atau tidak kerajaan Pakatan Rakyaat perlu mengambil tanggung-jawab sebagai antara peyumbang kepada banjir besar yang melanda negara.

Malah jika dilihatkan kepada kedudukan Tanah Tinggi Lojing, tidak mustahil banjir-banjir kilat yang berlaku di Cameron Highlands sejak kebelakangan ini sebahagiannya juga telah disumbangkan oleh limpahan air daripada hulu2 sungai yang bermula dari Tanah Tinggi Lojing.

Sebelum ini media-media baru Pakatan Rakyaat memalui blog, facebook, whatapps, twiter, telegram dll sering menunding jari dan menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya tidak dan lambat membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat tetapi mereka tidak pernah mahu melihat kesalahan tersebut sebenarnya berpunca daripada mereka.

Malah jika doa dan solat hajat anjuran Pas yang pernah memohon agar DS PM pecah perut dan doa menjahanamkan UMNO/BN diambil-kira, doa2 mereka ini sebenarnya telah termakbul kerana antara negeri-negeri yang paling teruk dilanda banjir adalah negeri Pas (Kelantan) sendiri dan Pahang (negeri PM).


1 comment:

  1. Hidup Pas..Allahuakbar...parti yg telah memajukan kelantan dgn menjadi negeri di bawah air..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.