18 Oct 2014

PASMA Pecahan Pas Berpotensi Jadi Pemimpin Islam Liberal di Malaysia???


Menurut Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Prof Emeritus Datuk Mahmood Zuhdi Abd Majid, golongan seperti Ulil Abshar dan JIL berasal daripada generasi muda kumpulan konservatif Indonesia, Nahdlatul Ulama.

Namun katanya, fahaman Nahdlatul Ulama yang dianggap terlalu konservatif menyebabkan generasi muda itu mencari pemikiran lain.

Nampaknya bibit2 tersebut seperti telah wujud di Malaysia...Dengan Tahaluf siyasi yang dipegang Pas kelihatan semakin longgar kerana PAS sering terpaksa menggadai landasan dan norma2 Islam....golongan liberal dalam PAS telah menubuhkan PASMA sebagai persediaan untuk menyingkirkan PAS jika PAS masih dilihat tidak sehaluan dengan PR terutamanya pandangan dan cara kerja DAP.


Jika liberalisasi yang dibawakan oleh PKR tidak mudah diterima oleh Melayu/Islam di Malaysia...Pembawaan PASMA pasti lebih bahaya kerana ianya juga didokong oleh pemimpin2 yang berlatar-belakangkan agama juga menggunakan nama "PAS".


Semoga Allah s.w.t. memelihara kita dan keturunan kita....


Sumber klik sini.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Kenapakah orang-orang sebegini terdorong untuk meliberalisasian agama (Islam). Apakah yang menjadi pendorong mereka? Jika mereka mahu dan rasa senang mengikuti bahkan menganut gejala-gejala sekular - ikut sajalah. Jangan cuba menarik orang Islam lain yang mahu beriman dengan al-Quran dan Hadis secara mustaqim.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.