17 Aug 2014

Wan Azizah Termakan Umpan dan Pas Yang Bakal Dipersalahkan???



Walaupun hanya dua nama yang dicadangkan oleh Pas, dari segi merit, pengalaman dan sebagai calon lelaki pastinya Azmin mempunyai peluang yang lebih cerah.

Pas mungkin merasakan diri mereka bijak kerana kononnya dapat menyanggah Anwar dalam hormat.

Tapi sebagaimana yang penulis nyatakan dalam posting yang lepas itulah yang sebenarnya  dimahukan oleh Anwar dan Azmin. Mereka sebenarnya mahu Azmin menguasai negeri Selangor dan mahu memencilkan TS Khalid.

Jika Khalid masih dalam barisan exco Selangor. Dana RM 3.2 billion milik kerajaan negeri Selangor pasti nya tidak akan dapat "dirompak" oleh mereka untiuk digunakan dalam misi menawan Putrajaya maupun untuk kepentingan peribadi.

Padan muka rakyaat Selangor dan juga Wan Azizah yang termakan hasutan Anwar untuk menyingkirkan TS Khalid sekutunya yang selama ini digunakan untuk mengekang pengaruh Azmin.

Juga padan muka Pas yang merasakan diri mereka pandai. Nampaknya "pasangan" Anwar dan Azmin dapat mengabui mata banyak pihak dan semakin menghampiri perbendaharaan negeri Selangor.

Cuma persoalannya adakah DYMM Sultan Selangor berkenan dengan hanya dua nama calon yang dipersembahkan kepada baginda? Sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan sandiwara ini nanti...

Jika sandiwara Mat Said di Terengganu dituduh oleh Pakatan Rakyaat mendapat imbuhan yang banyak daripada Umno....Apakah pula yang diperolehi oleh Pas untuk membolehkan mereka membuat "U Turn" ???

Adakah jutaan ringgit??? Berbilion ??? Ataupun setakat kena tipu dek kebodohan mereka???

Sumber klik sini.

Artikel terdahulu yang berkaitan klik sini dan sini.


posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. HAHAHAHA...DRAMA BERSIRI BRO......YG CADANGKAN PENAMBAHAN NAMA AZMIN PUN ANWAR JUGAK.....NI SEMUA PSIKO MAT SABU N THE TEAM.....AZMIN PUN TAK NAK JAWATAN TU...DUIT DAH BERJUTA....TAK YAH JADI MB PUN DAH KAYA 4 KE 7 KETURUNAN....BUAT APA NAK PENING KEPALA JADI MB...

    ReplyDelete
  2. Jadi, 'Kajang Move' lebih menyerupai 'Fox Gambit' dalam permainan catur. Apapun, saya masih teringat dan berpegang kepada kenyataan tok-tok guru PAS di mana meteka menekankan 'crediblity of the accusation' ke atas Khalid Ibrahim. Dan mengikut kata mereka Khalid masih 'suci' srlagi belum terbukti salah. Nampaknya dengan pengesyoran 2 nama calon pegangan ini sudah terabai... Oh nasib-nasib

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.