10 Aug 2014

Selepas Korbankan Ustaz Nasha dan Dr Hasan Ali - Pas Akan Korbankan Ustaz Nasrudin Pula???

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meneruskan tindakan undang-undang terhadap anggota Parlimen (MP) Temerloh Nasrudin Hassan kerana gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.
Lim berkata notis tindakan dihantar semalam kepada anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk "Apa beza Kidex dan Penang tunnel?”, pada 6 Ogos lepas.
Beliau berkata Nasrudin bukan sahaja tidak memohon maaf atas kenyataan tersebut tetapi membuat kenyataan berunsur fitnah menyatakan projek terowong dasar laut dilakukan secara rundingan terus.
“Nasrudin tidak memohon maaf malah membuat kenyataan lain dan ia akan dirujuk kepada peguam saya. Notis yang dihantar semalam adalah berdasarkan kenyataan pertamanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 6 Ogos lepas, Nasrudin mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
Sementara itu, exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng menafikan dakwaan Nasrudin bahawa beliau membuat kenyataan pada 15 Mac tahun lepas bahawa projek itu dibuat secara rundingan terus.
“Ini adalah fitnah jahat oleh Nasrudin…saya sedia memberikan bukti dan keterangan di mahkamah bahawa projek itu dijalankan secara tender terbuka mengikut piawaian dan takrifan antarabangsa,” katanya – BERNAMA

Artikel penuh klik sini.

Komen Isac:

Kalau sebelum ini....Pemimpin2 pro ulamak PAS.....dikorbankan seperti Ustaz Nasha...gara2 tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana berusaha ke arah "Kerajaan Perpaduan" yang asalnya diarahkan oleh Presiden Parti (TG Datuk Hadi Awang) sendiri....

Jika sebelum ini Dr Hasan Ali yang terpaksa dipecat kerana sentiasa sahaja  dilihat menyusahkan DAP melalui rampasan jualan arak di permis2 di kawasan perumahan orang2 Melayu/Islam, menentang gerakan Kristianisasi di Selangor dan menentang apa sahaja karenah DAP....

Adakah kali ini Pas akan akur dan mengorbankan seorang lagi jeneral mereka demi untuk memuaskan hati DAPdan golongan Anwarinas yang semakin bermaharaja-lela???

6 comments:

  1. Apa yang aku lihat Allah telah turunkan bala kepada pembangkang. Tengoklah betapa cacamarba PKR sekatang. DAP saman PAS, PKR saman PAS, PKR dan DAP bermasaalah dan bermacam2 kes lagi.

    Inilah apabila kumpulan yg munafiq, kafir laknat dan penuh dengan fitnah, liwat, bohong, menipu, zalim, bongkak, rasuah, kejam, tidak amanah dan perkara yang Allah tidak suka akhirnya dibayar cash.

    Ini baru permulaan cerita. Kita lihatlah kesudahannya. Adakah mereka menerima dengan keinsafan atau memegang sifat ego dan menyalahkan orang lain?

    Pada pandangan saya kaum tersebut akan menyalahkan orang lain dari penyesalan.

    ReplyDelete
  2. pas ni sentiasa dibawah telapak kaki mereka dap dan takakan naik keatas melainkan sakit kaki

    ReplyDelete
  3. tak heran jika Ust nasruddin tantawi pun akan menerima nasib yg sama... sbb kepimpinan PAS semuanya ibarat lembu je bagi Anwar Aljuburi Laknatullah...

    ReplyDelete
  4. PAS bacul & tak de maruah!!!

    ReplyDelete
  5. Sudah semestinya.... kalau tak, title kaldai akan dilucutkan daripada parti pas...

    ReplyDelete
  6. Inilah jawapan kepada solat solat hajat mereka. Allah dah tunjukkan. Hanya mereka yang buta hati dan mata.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.