16 Aug 2014

Gempar Wan Azizah Diperdaya!!! - Anwar Memang Plan Lantik Azmin Jadi MB Selangor???


Umum tahu.....

Ada dua puak dalam PKR.

Satu diketuai oleh Wan Azizah dan satu lagi dikuasai oleh Azmin. Puak2 ini memang sentiasa "bergesel".

Umum juga tahu selama ini TS Khalid telah digunakan oleh Wan Azizah untuk mengekang pengaruh Azmin.


Adakah pencalonan Wan Azizah, sebenarnya hanyalah taktik untuk menyingkirkan TS Khalid???

Sumber-sumber memaklumkan, selepas pendirian Istana dibuat, TG Abdul Hadi, TG Nik Aziz dan Majlis Syura sendiri berkongsi pandangan mempertahankan TS Khalid  dan menolak Wan Azizah sebagai MB. Malah, katanya Undang2 Tubuh Negeri Selangor juga tidak memperuntukkan seorang wanita dilantik sebagai MB. Malah jika diikutkan kepada pengalaman dan kredibilti....Wan Azizah sememangnya tidak layak untuk menjawat jawatan MB.




Di sebalik tabir, PAS juga meminta PKR mencalonkan MB alternatif dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali adalah di antara nama yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk dimajukan kepada istana.



Itulah hakikatnya....Jikapun Undang2 Tubuh Negeri Selangor membenarkan wanita menjawat jawatan MB, layakkan Wan Azizah dari segi merit???

Bagaimana pula dengan pihak Istana? DYMM Sultan Selangor mempunyai kuasa penentu...


Terlalu banyak ranjau yang perlu dilalui oleh Wan Azizah untuk menjawat jawatan tersebut itu belum lagi kesusahan yang bakal dihadapinya jikapun beliau berjaya menjawat jawatan tersebut.


Ironinya Wan Azizah yang sedang teruja untuk menjadi MB wanita pertama di Malaysia masih tidak sedar beliau sebenarnya sedang diperalatkan oleh suaminya sendiri dan Azmin untuk "membunuh" sekutunya  TS Khalid....dan mereka sebenarnya sememangnya tidak pernahpun berhasrat untuk melantik beliau sebagai MB.


Anwar tahu, sekiranya beliau terus menamakan Azmin sebagai MB menggantikan TS Khalid jangan kata Wan Azizah akan bersetuju, mungkin Wan Azizah lah sebaliknya yang akan mengetuai gelombang kedua pemimpin2 kanan PKR untuk keluar daripada PKR secara beramai-ramai!!!

Juga Anwar sememangnya tahu bahawa DYMM Sultan Selangor sendiri pun pastinya tidak akan bersetuju untuk Wan Azizah menjadi MB Selangor. 

Jika telahan penulis ini benar, Anwar sebenarnya telah pun berjaya untuk menyingkirkan TS Khalid sekutu Wan Azizah, lebih ironi....dengan mendapat restu Wan Azizah sendiri.... 

Itulah politik....Yang bijak putar-belit dan membelit akan terus berkuasa dan bermaharaja-lela!!!

6 comments:

  1. Blogger pun bantu Anwar buat U Turn tutup kemaluan apabila Wan Azizah gagal menepati kehendak PAS.

    Hakikatnya:
    Kali ini anwar tunduk kepada kebijaksanaan Khalid dan
    Tunduk kepada kemahuan Hadi..

    Sudah pasti selepas ini Anwar tidak ada lagi nilai pada DAP. Azmin is the man !!!

    ReplyDelete
  2. Ulasan n kupasan yang jelas.. Harap rakyat selangor nampak..

    ReplyDelete
  3. Hmm.. aku pun ada fikir mcm tu juga.. memang Ketum ni suka menganiaya org walaupun bini sendiri.. kah kah kah! Kesian Jijah semua melepas!

    ReplyDelete
  4. Pasangan suami isteri lain agaknya menikmati tidur malam bersama, tapi bagi anwar dengan zizah agaknya nak tidur malam pun bergaduh dulu pasal jawatan MB Selangor, tu lah hang tak mau dengaq cakap aku, ..awat pulak cek dah buat apa yang bang non suruh..bang non punya plan dengan rafizi yang tak menjadi, ..tak mau lah fikir, cek nak tidoq...tu lah hang bila nak bincang hang nak tidoq..macam mana nak jadi MB.. cek bosan lah, maleh lah nak jdi MB...cek nak tidoq...agaknya bila dia orang berdua ni nak dapat tidur lenaaa.

    ReplyDelete
  5. Kalau Azmin jadi MB parahlah Selangor. Habis tanah dijual pada Cina.

    ReplyDelete
  6. Mainan poltik Anwar & politik mainan Anwar..... akan datang pengikutnya adalah mereka yang sasau berperangai pelik dan selepas ni bukan setakat dikerjakan sehingga masuk IJN.... mungkin ke hospital bahagia. Tak kesian ka tengok TSKI yang diberi tekanan cukup besar sampai sembahyang hajat kawan tu. Guna NGO bersuara tanpa berhemah tanpa soal selidik jemput media tuduh Ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor campurtangan..... dah betul kurang ajar ni. Dah tentu 3 bulan kerja hakiki MB, ahli exco, ADUN dan Ahli Majlis tertangguh. Seronok staf pejabat SUK kerja tergendala sementara duduk tunggu bos-bos baru.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.